Wednesday, August 12, 2009

Chocolate Moist Cake

Sedap jugak rupanya chocolate moist cake tu ek...nyum2...sekilos rm30..dua kilos rm55...thanks kak fida!

Monday, August 10, 2009

Hanya suatu ingatan

Pagi ini Ayah menelefon dari kampung...jarang benar dia menelefon kecuali sesuatu yang penting..Salam abang mulanya...aku membalas sambil menyatakan aku di pejabat di Gombak bukan di Putrajaya…Abang kenal Makcik Rohaya…isteri Haji Bohari? Mak kepada Muslim?...Ya kata Ayah…Rahim Bedu menghantar sms malam semalam..apa cerita? Rahim Bedu kata …Makcik Rohaya meninggal…Innalillah…Tanya Ayah lagi…abang kenal ke Makcik Rohaya?...Dah lupa tapi nama itu memang sangat dekat denganku…kata ayah..Arwah selalu bertanya kan aku sewaktu aku kecil-kecil...balik sekolah biasanya akan berceritalah mereka pasal aku…Allahuakbar…manusia itu dilahirkan atas kata dasar lupa…aku sudah lupa wajah-wajah tapi nama masih aku ingat…aku cuba selami apa rasa hati Ayah …mungkin dia sedih atas pemergian rakan seusianya dan mahu berkongsi dengan rakan-rakan…mungkin juga aku sudah menjadi rakan berbanding taraf anak…mungkin juga Ayah mahu memberitahu bahawa dia juga akan menghadapi kematian suatu hari nanti seperti rakan-rakan seusia…lantas dia mahu menumpahkan kasih sayang selagi ada hayat…atau Ayah mahu memberitahu bahawa hidup ini bukanlah selama-lamanya…apapun terima kasih Ayah atas ingatan ini…

Friday, July 31, 2009

Jumaat perpisahan

Hari ini adalah hari Jumaat yang dinanti..setelah sekian lama...akhirnya aku ditakdirkan terpisah jua..aku hanya harapkan ini adalah ketentuan Tuhan..yang terbaik buat hambanya...Tidaklah kita berupaya...hanya Allah jua yang Maha Mengetahui apa yang terbaik..pasti perpisahan ini adalah yang antara perisahan paling sukar dalam hidup...Aku berserah jua...

Wednesday, July 15, 2009

Sekonon-konon

Tiba-tiba aku penat dengan semua ini...macam pura-pura semuanya...konon nak cepat tapi sebenarnya sangat lambat....konon mengantuk nak tidur..tapi apasal yang minum kopi chap Kapal Api...konon nak kena tukar tapi belum koyak lagi pun...konon dah on the way..padahal baru nak hidupkan enjin kereta..haih...aku nak lelap kejap...

Monday, July 13, 2009

Jerebu dan Tekak

Tekak rasa tak sedap...macam perit dan luka...itulah kurang minum air...lagi pun tengok KL jerebu... teruk ..hmmm...nyaris2 aku nak pi amik M.C kat Klinik Dr Faridah pagi tadi..tu yang aku berzikir sambil pikir...nak ponteng keje dan berehat atau pergi kerja dan biarkan tekak baik sendiri.haih...aku pentingkan kerja sangat kot...ni aku kat ofis...dah 2 botol air kosong aku habiskan...petang nanti patutnya aku nak singgah Central Market...nak hantar gambar Damia untuk cuci...tapi terlupa nak burn dalam CD...esok sajalah...dah nak sambung kerja...blah...

Friday, July 10, 2009

VI oh VI

Pagi tadi aku terdengar di HOT Fm,VI atau Victoria Instituition telah berjaya sebagai Pancaragam terbaik di dunia....fuyoo....sekolah sapa tuh...hee...bukan sekolah Najib..St John Instituition...tapi sekolah aku dulu...Be Yet Wiser...

Wednesday, July 08, 2009

Gimme More!

Hello..dah lama tak manulis…aku pun tak tahu sebab apa macam tak cukup masa nak menulis…rutin harian macam biasa…masa 24 jam jugak sehari…tadi dalam Bas Metro 41..aku layan lagu Britney Spears…Gimme More…betul lah tu…manusia mana pernah cukup 24 jam sehari..gimme more time…dah ada kereta pusaka keluarga ….tapi tengok Si Faizal punya Exora..rasa macam nak tukar kereta…gimme me new car…tengok jam Swatch sendiri…rasa cam buruk…tangok jam budak2 Riyadh..Tissot lah …Catterpillar lah…rasa nak beli jam baru….gimme new watch…so kesimpulan ..selagi kita dipanggil manusia dan bukan kambing atau cicak…kita takkan pernah rasa puas…gaji yang ada pun belum cukup….bak kata pepatah..lagi besar periuk..lagi banyak kerak nya…tapi kalau pakai periuk elektrik..tak banyak kerak nya..hee…owh ye…masa melalui Jalan Gombak…aku nampak si Taymen sedang meng’air-brushkan’ dinding kedainya…nampaknya dia dah berani berubah..dulu dindingnya comot..sekarang dah makin lawa…so kita ni bila lagi nak berubah??caloss…

Saturday, June 27, 2009

Transformers : Revenge of The Fallen

Inilah kisah silam yang mengimbau kenangan dan kegemilangan generasi 80an dan 90an bukan PS3,bukan gameboy..bukan X-Box......

Monday, June 22, 2009

Kecantikan sebuah kehidupan

Tadi sewaktu menunggu bas Metro dipenuhi penumpang..Tetiba je ade suara perempuan menjerit..kuat pulak tu...semua orang kat dalam bas toleh kat luar...hahahha..semua orang tersenyum..termasuk aku...aku ingat ada orang kena ragut ke..tak pun kena raba ke..ek?ade ke orang nak meraba pagi-pagi buta?ekekke...biasalah area Central Market tu...memang dah terkenal area 'hitam'...berbalik pada jeritan tadi...rupanya seorang driver perempuan Bus Metro di usik oleh sorang konduktor lelaki dengan seekor ular getah..adoii...kalau aku pun..mau tak nye melompat..tapi takde la menjerit kot...hee...abis semua kuih kat tangan driver tu dia campak pada mamat konduktor tu...nasib baik tak dia siram dengan Milo Ais yang ada kat tangan dia gak..hmmm..isn't life beautiful?...tengok orang tersenyum di sakat rakan pagi-pagi...sampaikan semua orang kat area Central Market pun berhenti dan menoleh...orang dalam bas...tepi bas...atas bas...belakang bas...hmm...aku terpikir kalau drive hari isnin pasti sakit hati dan sakit kaki..tapi sejak aku ditakdirkan naik bas...banyak masa aku dihabiskan di jalan-jalan sesak..kotor...penuh manusia...tapi banyak cerita dan pentas yang aku lalui..pernahkah korang terpikir ada ibu yang sanggup menukar diapers anaknya di tengah2 koridor kat Chow Kit?itulah realiti...Alhamdulillah...syukurlah dengan apa yang kita ada...mungkin kita rasa orang yang bawa Honda Stream atau Toyota Wish tu happy..tapi sebenarnya pening memikirkan projek-projek dan kerja-kerja di pejabat yang tak pernah habis...dah..aku nak buat kerja...kerja yang melambak-lambak...calosss

Thursday, June 18, 2009

Tok Wan

Tok Wan aku di kampung sakit tua...tiada lagi ceria...tiada lagi gelak tawa...tiada lagi kudrat yang mengayuh basikal tua..membawa aku ke bandar..di sepanjang batas sawah...melaung seluruh kampung...aku cucunya baru pulang dari Pahang...bangga dia kerana aku cucu nya...hanya tinggal badan tua yang sangat letih dan tidak bermaya...Ya Allah...Kau Yang Maha Kuasa..Takdirlah kan lah pada kami hamba yang lemah iman...sesuatu yang mengikat hati-hati kami pada suatu ikatan yang kuat..bukanlah ujian yang tak mampu kami tanggung...sesungguhnya pada-Mu kami memohon petunjuk dan jalan yang dimudahkan....InsyaAllah...

Wednesday, June 17, 2009



Aku sedih bila membaca artikel yang dihantar oleh FS kat aku tadi...Teringat pada Ayah dan Ibu...dikampung...baru-baru ini aku pulang ke kampung di Sungai Petani...Kami bersetuju untuk tidur dibilik bawah dan bukan dibilik sebenar aku kerana Damia masih kecil...susah nak naik turun tangga...maka Ayah dan Ibu sanggup berkorban kerana tak sanggup melihat cucu pertama mereka tidur dalam bilik yang panas...sekarang ni musim panas kat Kedah...banyak pulak nyamuk...kerana berkorban untuk si kecil...Ayah dan Ibu pulak yang terpaksa tidur di luar...Aku rasa bersalah tapi itulah pengorbanan seorang Ayah dan Ibu untuk anak,menantu dan cucunya...Sudahkah anda mengintai ayah dan ibu anda tidur?

Tuesday, June 16, 2009

Wajah-wajah

Dah lama sangat aku tak tulis entri..sibuk pun ya jugak...banyak sangat benda lain sampai tak ingat kat blog suka hati aku ni...macam biasa dalam bas Metro 41..sambil layan Hot Fm...masa bas 41 stop kat Chow Kit...ramai mat Indon..Minah Indon...minah melayu...amoi chantik...nenek tua dan bungkusan plastiknya...aku tengok sorang-sorang..macam2 perasaan yang aku rasa aku dapat tengok..ada yang tengah maki hamun sebab bas lambat...ada pulak yang berharap bas cepat datang so diorang tak kena marah sebab dah sebulan lebih punch card kaler merah...ade pulak yang berharap bas tak sampai2..so boleh la diorang bagi alasan pada awek diorang untuk cancel kan dating sebabnya duit dalam poket dah makin susut...ada pulak yang baru first time nak gunakan bas sebab selama ni asyik naik kerete..tapi sebab kereta masuk bengkel..terpaksalah belajar cara nak naik bas...banyak lagi sebenarnya wajah-wajah manusia yang aku lihat bila naik bas ni...itulah kesimpulan kehidupan ni...kena ikut waktu...kena terima transformasi...perubahan...hijrah diri...pasti yang kita harapkan adalah kepada perubahan yang lebih baik...InsyaAllah

Monday, June 01, 2009

Masjid Besi, Putrajaya

Masjid Besi,Putrajaya

Thursday, May 28, 2009

Gile ketat...

Ohaiyo...bak kata orang jepun...macam-macam yang berlaku dalam 2 3 hari ni..masa yang sangat pantas dan sangat ketat ( very tight)...

Isnin aku sempat siapkan presentation untuk Board meeting even aku kena kerja on Sunday...sian kat Aqie dan Damia

Selas aku kena balik lewat sebab ada kerja yang perlu disiapkan untuk Final inspection kat Auditorium ..haih...lebih sedih...KTM Komuter buat hal lagi...rosak kat tengah jalan..kena stay sampai 1 jam...rasa nak bakar je Stesen komuter tu...sampai rumah pukul 9 lebih...sian kat Aqie dan Damia lagi...

Rabu aku ada kat Putrajaya sepanjang hari..Final inspection rasa macam ok lah kot...dah sign off semua defects...lunch kat Restoran Saba' Cyberjaya...best sangat..sebab dpat minum Barbican...makan Nasi Kabsah..Grilled Chicken...rindu gila...teringat zaman kegemilangan kat Riyadh dulu..aku rasa restoran ni tempat yang paling sesuai untuk reunion ex-Riyadh...

Khamis pagi..hampa..MU kalah pada Barca...aku tak stay up sebab penat sangat...Jap lagi nak pergi Jalan Gurney..ada meeting...

Aku jumpa Klip ni...at least ade la yang meng"hepi"kan aku pagi ni...

Tuesday, May 26, 2009

Pauh dan Mempelam

Tadi masa makan di ala Grand Season pecah perut kitorang budak-budak laki...mahu tak nya...ade ke citer pasal buah mangga...buah mangga bayak sangat versi dan nama mengikut jenis dan lokaliti...di Kedah dipanggil buah mempelam...ada mempelam telur..mempelam sala...mempelam apple...di negeri standard..macam johor atau selangor..mangga adalah panggilan utama...kebanyakkan masakan ada menggunakan mangga atau mempelam...untuk menyedapkan..seperti tempoyak yang dicampur mangga yang diracik-racikdan malahan ada kala menjadi juadah utama..seperti kerabu mangga...di sebalah utara dan kelantan..aktiviti mencolek adalah satu aktiviti untuk mengisi masa terluang bersama keluarga mahu pun jiran sekampung...begitulah kisah mangga atau buah mempelam..tapi awas..di Kelantan...nama buah yang masyhur ini dipanggil Buah Pauh...cukup untuk mengelakkan daripada ianya di dengari dengan sebutan yang sangat lucah...hahahaha..

P/S: Maaf atas kelucahan penulisan ini..tujuan nya hanyalah untuk menghilangkan rasa mengantuk aku nih...

Monday, May 25, 2009

Scandalous

Boleh aku saja create scandal kat ofis untuk hilangkan ngantuk?zzzzzzzz.....

Thursday, May 21, 2009

Tika Hati Terkenang Kisah Silam

Semalam ketika aku di dalam bas Metro...terpasang lagu lama di radio...tak silap aku..lagu " sama-samaaa...gunung di daki...sama-samaa...turun ke lembah sepi...suka duka bersama di rasaiii.."..aku rasa penyanyinya Allayarham Seha dan partner nya Shuib...terdiam aku ...terpikir aku..kenapa lagu -lagu sebegini lebih memberi kesan pada jiwa...dan juga kenangan lama...sewaktu sekolah...sewaktu di kampung...sewaktu di universiti..bukan lagu itu saja...tak tertulis tajuk lagu-lagu yang orang kata evergreen untuk di ingati...terkadang bila kita teringat kisah lama..pasti ada saja lagu atau filem yang akan di associate dengan kisah atau perkara tersebut...lagu-lagu baru mungkin tak di hayati sekarang..mungkin akan jadi evergreen nanti 10 ke 20 tahun akan datang...aku rasa lagu lama melodi dan liriknya yang bersantai dan tak perlu terjerit-jerit buat kita senang ingat dan lekat dalam kotak ingatan...macam lagu Tika dan Saat...oleh Medicine..lagu tu masa aku kat Pahang..sekolah Darjah 1...member aku kata Ijam tu pakcik dia..ntah betol ntah dia tipu aku..maklumlah masa tu Medicine tu tengah top...hee..so kalau dapat kumpulkan lagu-lagu lama time sekolah kan best?

Tuesday, May 19, 2009

Si ayah dan Anaknya yang Buta

Aku suka melihat sekeliling...Kalau orang tidak tahu pasti dikata aku mata keranjang...Aku mungkin suka menulis tentang apa yang aku lihat ..daripada menulis pasal apa yang aku makan semasa keluar ke Tesco hujung minggu lalu ..atau...apa yang sedap tentang Mee Kari kat Secret Recipe...apa yang ko nak makan..ko makanlah..tak perlu criter kat orang ramai...ke sebab ko nak bagitau yang ko dah pernah pergi tempat makan yang mahal-mahal tu...Anyway..pagi ini time aku dalam bas Metro 41 on the way ke ofis...sewaktu berenti kat Traffic light Jalan Batu...dalam ramai-ramai manusia yang sibuk melintas jalan...ada seorang bapa melintas bersama lelakinya...dari arah Maju Junction melintas ke Jalan Batu..berdekatan Sekolah Pendidikan Khas Jalan Batu...sekolah ini untuk anak-anak yang buta...memang ramai yang menghantar anak-anak mereka yang cacat penglihatan ke sekolah khas ini...setibanya di traffic light berdekatan dengan pintu pagar sekolah..pada hemat aku...lebih kurang 100 meter jaraknya dari lampu isyarat ke pintu pagar utama sekolah...si anak mencium tangan ayahnya dan terus berjalan ke arah pintu sekolah...tiba-tiba aku jadi marah kerana si ayah membiarkan anaknya berjalan seorang diri..imagine anak yang buta berjalan 100 meter seorang diri...dalam fikiran kalau aku menjadi si ayah..pasti aku menghantar hingga ke dalam kawasan sekolah...setidak nya ke pintu utama...leka aku melihat bagaimana anak itu menuju ke sekolah...pasti sedih...ditinggal ayah...tapi lebih besar pengorbanan hati si ayah untuk anaknya itu ..bukanlah untuk menyusah kan anaknya..tapi untuk kebaikan...rupanya si ayah menghilangkan diri di sebalik tembok pagar...berlindung...bila si anak sudah jauh ke depan..dia keluar untuk melihat dari jauh sehingga anak nya memasuki kawasan sekolah...lalu aku faham maksud tindakan si ayah...untuk mendidik dan melatih anak nya berdikari..tanpa perlu dipimpin..dia boleh ke sekolah...kerana ..masa depan si anak bukanlah bergantung pada si ayah...aku lihat raut muka si ayah yang begitu sedih dan penuh sayu ketika menghantar anaknya...mungkinkah dia memikirkan masa depan anaknya ...lampu bertukar hijau...Bas Metro 41 meneruskan perjalanan...

Friday, May 15, 2009

Jika ku Seorang Robot...

Aku terkadang nak jadi macam orang-orang yang releks tak pikir pasal persekitaran diorang...Bangun pagi..baca doa bangun tido...gosok gigi...mandi sunat hari Jumaat...pakai baju..solat Subuh...Drive kereta..parking...Naik bas...turun kat Central Market...Naik bas Metro no 91 plak...tekan loceng kat Diamond Square...beli breakfast...masuk ofis...baca Fotowarung.com...baca Tukar Tiub Blogspot...buat kerja...kuar Solat Jumaat..makan Sup Daging + Nasi Putih...masuk ofis balik...buat kerja lagi...solat Asar...naik Bas 91 lagi..turun kat Dayabumi...tunggu bas kat Central Market...Naik bas...tido...zzzzzz...sampi seremban...naik kereta...pasang radio X Fm...layan idie...sampai rumah...tekan loceng...peluk isteri...cium baby...solat Maghrib...tengok berita TV3 ( tipu2 )...turun bawah..makan ramai-ramai...kemas meja...naik atas...main dengan damia...solat Isyak...cium isteri...zzzzz....Tapi kalau jadi seperti cerita di atas...dan tak pikir pasal persekitaran...aku rasa akulah robot..tiada perasaan...macam lagu baru kat X Fm tu...jika ku seorang robot...dengar dengarkan lah...

Thursday, May 14, 2009

Wednesday, May 13, 2009

Fikiran bersilang-silang

Aku ingat pagi ni nak story pasal keburukan dan kebaikan bertukar daripada menggunakan Komuter kepada Bas Ekspress...tapi bila aku ternampak ada awek muda bawak Honda Civic 1.8 warna putih siap ada spoiler lagik...nafsu aku terus diragut...macam Mat Rempit dok ragut beg...*Haih*..nantilah aku story dalam entri lain...banyak pulak keje pagi nih..adoiii..

Monday, May 11, 2009

Mindaku yang tengah ngantuk...Perlu layanan kasih sayang Office Admin..tolonglah repair air-con kat Ground Floor nih...aku ingat lepas transfer dari Riyadh dulu..takde lah lagi cuaca panas...rupanya lagi panas kat HQ ni dari ofis kat Riyadh nu...adoiii...zzzz

Friday, May 08, 2009

Pagi ini aku menangis...

Aku menangis pagi ini...
Teringat ibu di kampung...
Aku menangis pagi ini...
Rindukan ciuman kasih ibu di pipi...
Aku menangis pagi ini...
Rindukan hangat pelukan sayang ibu...

Aku menangis pagi ini...
Ingatkan diri pada ayam masak merah kesukaan...
walaupun tiba di kampung jam 3 pagi...
pasti sepinggan nasi ku jamah jua sebelum lelapkan mata...
terima kasih ibu kerana setia menunggu sehingga ku tiba...

Aku menangis pagi ini...
Terkenang saat aku hilang arah dan pedoman...
Ibu tenangkan dengan kata-kata penuh hikmah...
Doa mu buatku teguh hingga ku habiskan ...
Segenggam ijazah di tangan takkan ku lupa saat aku jatuh...

Aku menangis pagi ini...
Teringat saat aku tertidur dalam tren kepenatan...
Hampir ditinggal di hentian dek dingin pagi...
Ibu lah yang mengetuk tingkap...
Menjerit pada Station Master katanya...
"Anak saya ada di dalam"...
Biarpun aku ditertawa...
Trimas buat ibu...

Aku menangis pagi ini...
Saat aku menelefon ke kampung...
Kataku...
"Abg tak dapat balik nak bagi Pan Tefal yang abg beli kat Langkawi baru ni"..
Kata Ibu...
"Takpalah..hang telefon ni pun dah macam hadiah buat ibu"

*haih*

Dalam kereta...Farra Hot FM sebak ketika menyanyi buat ibu nya...
Aku rasa panas air mata bergenang...
Aku rindu pada Ibu...

Wednesday, May 06, 2009

Mission Impossible #1: Dont Sleep in 24 hours...

until now...i've havent sleep for 21 hours...and i have another 3 hours to complete my mission impossible.Actually i havent set any target..but suddenly my wife told me that she has to finish up her design urgently...so i've decided to keep her awake ...it such a good attempt since i left Architecture Studios life...Some more, Man. United is playing against Arsenal this morning...so hopefully i can stay awake until kick off time...Life is about unexpectation and temptation..When you decide to do something...it never happens..but just about leaving...something came up..who know you'll be surprise with what God had decide...morally,do not forget God...ask Him when you think you are almost break...

Friday, May 01, 2009

When you lost something...you gain something


Life is like a pit stop in F1 car racing.Imagine yourself as a strategist Formula 1 Driver.Everybody trying hard to change strategy during pit stop because everything you or the team director's decision will change the whole perception and also the outcome.Either you have a shorter time in pit stop or longer time at pit stop but later on you reduce number of stops.That means, when you lost one thing most likely you will get another replacement.It happened to me recently as i change my travelling days from KTM Commuter to more faster busses.Wake up time is still the same but the time I reach KL is half and hour faster than KTM.[break]Yesterday...I took KTM commuter as my friend fetched me to Kajang.When I board in, there was a lot of familiar faces emerged as there were lots of people since 3 days break in Malaysia.Then i noticed myself.When we decided to change, we lost things.But in order to gain we must lost.And one thing for sure,we will missed things.

Thursday, April 30, 2009

Kealpaan

Manusia itu berasal dari perkataan nasia bererti lupa..sememangnya kita mudah..sangat mudah terlupa..bila bahagia dalam genggaman..kita alpa...bila kuasa dalam cengkaman..kita leka..bila dunia dalam impian..kita akan hampa...jadi..beringat pada alhein...

Tuesday, April 28, 2009

Cinta

True love is like ghost...which everybody talks about and few have seen
-La Rochefoucould-an author

Cinta bukan mengajar kita lemah,tetapi membangkit kekuatan
-Prof. Dr. Hamka-Sasterawan

To love someone deepy gives you strength.Being loved by someone deeply gives you courage
-Lao Tzu-Philosopher

Monday, April 27, 2009

1,2,3,4 to My Aqie

Thanks to Zahi for this vid.
To my beloved Aqie...this is 1,2,3,4 from me to you...

Saturday, April 25, 2009

Baik Aril yang senyum kat aku...

Apalah nasib ku..punyalah aku berharap ada awek cun dalam komuter tu senyum kat aku...tak senyum pun pandang ke...buat-buat nak senyum pun oklah...tapi ada pulak mamat india senyum kat aku semalam...masa tu aku tengah tunggu shuttle tren untuk balik Seremban...kat stesen Bandar Tasik Selatan ...mamat india tu dengan kawan pompuan dia tu melayu..tunggu jugak shuttle jugak..tetiba dia pusing tengok aku...aku pulak memang tengah termenung...adoiii..dia senyum...macam dah nak tersengih pun ada...rasa macam blur sekejap...nak tergelak pun ade jugak..hee...apehal mamat ni nak senyum kat aku...lagi teruk...dia ni awwww..lembut la plak kan..adehh...dah la aku dok bosan2 tunggu tren...sekali mamat lembut la plak senyummm...aku fikir , aku lebih rela Aril AF senyum daripada mamat lembut tu...tetiba aku rasa macam nak demam...adoi...

Wednesday, April 22, 2009

Kisah Komuter #13-Penantian

Perjalanan aku seharian dengan komuter ni memang mengajar banyak perkara tentang kehidupan...hanya jika membuka mata dan hati...menelusuri jiwa-jiwa ...Pagi tadi,sewaktu tren berhenti di stesen Bandar Tasik Selatan, aku melihat keluar tingkap...melihat ramai yang sedang menunggu tren menuju ke Seremban... ada yang berdiri...ramai juga yang duduk...yang muda-muda bersandar pada tiang...tidak kurang yang mencangkung...mungkin kerana kurangya kerusi...yang tua mengharap belas pada yang muda untuk dihulurkan kerusi...Begitu juga kehidupan kita...setiap hari pasti kita menanti...menanti sesuatu yang belum pasti...menanti cinta nya dibalas...adakah penentian itu berbaloi dan dihargai...aku dulu pernah menanti..kelahiran permata aku dan Aqi memang dinanti...bermacam persiapan dan keperluan di sedia...minda juga harus bersedia...kemungkinan bermaca-macam...ada pahit...manis itu suatu yang bonus...alhamdulillah semuanya selamat...penantian takkan berakhir...walau berakhir pada zahirnya..tapi jiwanya masih menanti dan terus menanti...

Sunday, April 19, 2009

KLIBF 2009 & Kuasa sakti Yuna












Semalam satu hari kami sekeluarga menghabiskan masa kat Putra World Trade Center sebab ada event Kuala Lumpur Boof Fair 2009...so penat juga berjalan dan mencari....Aqi dan Damia sibuk cari buku...aku pulak sibuk nak cari gambar...Banyak juga promosi-promosi menarik...harga juga banyak yang kire runtuh jugak lah...pada yang suka membaca atau mengunpul buku je...bolehla datang ke sini...pada aku..eloklah naik tren untuk mengelakkan sesak...turun je kat PWTC..pastu korang jalan je...kurus sket nanti...Kitorang balik Seremban pun dah lewat...Kesian kat Damia...sebab kena jalan jauh...Aqi pulak demam hari ni...malam tadi tak boleh tido...so awal2 pagi tadi aku dah bawak jmpa Doktor...demam virus mungkin...sampai pening-pening...on the way balik dari Klinik....aku pasang Xfm...ada plak lagu Yuna...boleh pulak Aqi melalak dlam kereta...macam orang tak demam...haih...Yuna oh Yuna...sungguh besar pengaruh kau dalam hidup wife aku...so lepas ni kalau Aqi demam..aku pasang je lagu Yuna tu, sure okeh....Yuna oh Yuna...



Friday, April 17, 2009

Kiddo!


Thursday, April 16, 2009

Kisah Komuter #12-Thursday Morning with Abdul Fattah

This morning starts with serenity...I think I love Thursday much more than the other days...My breakfast in the train was a book, For One More Day by Mitch Albom , refer to this..http://mitchalbom.com/%20...suddenly...a boy pick my attention...he look like Chinese boy with big belly...i ignored him...suddenly..."excuse me,what time is it now?"..."it's 7.50"..."thank you"...again ignored him...reaching KL Sentral..he's pushing hard against people rushing out of the train ..maybe because he's a little boy..no one notice him...he sat next to me...i told him" dont worry...you still have time to get to school"...he smile...i asked again" which school are you"..."horizon international school"..i nodded...he spoke again " near Putra Station"...i nodded...that how our conversation started...later i knew that he's Uzbekistan Nationality..His father is Senior Lecturer at UPM..according to his father name card...haha...imagine..an expatriate let his boy go to school on his own...with his name card in pocket..maybe in case of emergency or abduction...the abductor know how to contact for ransom...hahha...Abdul Fattah his name..with double t...he's very talkative..like a bird chirping in the morning..talking about his science class..his favourite subjects...He told also he can speak Turkish..i notice other passengers smile looking at two of us...talking like friends...he repeatedly mocking "Bank Negara..Bank Negara"...i told him that i have to go...remind him to board same coach tomorrow..what a short conversation i tought...hope to see him another day...at the door nearly stopping time..he asked me.."where do you living".."Seremban"...i walked out proud..proud of meeting with an Uzbek boy...proud of myself...kids are more truthful and sincere...this is why I love Thursday...

Monday, April 13, 2009

Aku dan Bas 174

Pagi tadi macam biasa...Bas 174 sampi dulu kat Sogo...tak sesak...driver pun tua dah..bawak macam orang tua..slow...tapi yang slow tu aku suka...hahah..Sampai kat Sekolah Pendidikan Khas Jalan Batu, bas berhenti lagi.Abang trafik tahan lagi.Apa istimewa Jalan Sultan Ismail daripada Jalan Batu?Kenapa nak tahan kami lama-lama...aku tengok jam di tangan...lewat lagi kalau macam ni...Hmmm...Sekonyong..aku terpandang mamat pejalan kaki...meyusuri siar kaki sambil membaca sebuah buku...Huish...khusyuk gile mamat tu aku tengok...lansung tak peduli kami yang tengah menghadap jem KL..dari raut pakaian macam orang tak berapa cukup ( atau aku yang prejudis)...haha...persoalan:

Adakah dia orang gila?
Adakah dia orang gila membaca?
Adakah dia orang gila yang membaca?
Adakah kita yang gila sebab tak suka membaca?

Membaca bukan budaya Rakyat Malaysia...Oleh itu siapa membaca ketika berjalan akan dianggap GILA...moralnya...marilah membudayakan membaca...

Friday, April 10, 2009

Mari berdoa....

Thursday, April 09, 2009

Kisah Komuter # 11 - Handphone mahal?

Tadi dalam komuter...ada 1 minah ni pakai handphone mahal...siap dengan leather case lagik...tapi nampak gaya macam biasa jek...teringat aku pada ulasan Dr Abu Hasan pensyarah UM pasal masyarakat kita sekarang.Katanya masyarkat sekarang ni dah boleh diketegorikan sebagai dengan izin "civil society". Menurut beliau, civil society ini mempunyai banyak karakter dan sebagai contoh, orang biasa yang bergaji bulanan rm1500, tetapi menggunakan beg berjenama mahal seperti Salvatore Ferragamo atau memakai kasut tumit daripada Nine West.pelik tapi benar.Teringat aku pada pertemuan aku dengan En. Bazuki dan Mr. Ng Sek San dalam 2,3 minggu lepas.Kedua-dua mereka pakai handphone biasa jek...padahal masing-masing tu orang berada dan terkenal pada hemat aku...so sivil sangatkah kita ni?

Wednesday, April 08, 2009

Pilih-and-raya- Ep. 2

Tuesday, April 07, 2009

Pilih-and-raya

aku cuma nak upload satu gambar ketika 8 Mac 2008, aku shoot masa on the way nak ke Lembah Pantai...kat Bangi...sambutan yang macam dah festival atau pesta..sepatutnya hari pengundian adalah hari yang diraikan..macam hari raya..bukan disajikan dengan gas pemedih mata atau dimomok dengan hantu alytantuya..teringat Tsunami politik setahun yang lalu...Selamat mengundi wahai penduduk Bukit dan Batang...

Sunday, April 05, 2009

AF Nikkor 50mm f1.8


Ni la percubaan pertama hasil lens yang aku impikan sejak berbulan-bulan...tapi bulan ni aku tak mampu menahan lagi...boleh la melayan potret lepas ni...sesapa nak jadi model leh la apply...hee..tapi model tak berbayar lah...hahaha

Monday, March 30, 2009

Ng Sek San - Arkitek Landskap

Aku baru je balik dari perjumpaan dengan Mr. Sek San, prinsipal bagi firma Arkitek Landskap, Seksan Design .Sapa yang kenal tu tau lah dia ni sapa.Aku pi jumpa tu nak diskus pasal projek HQ baru bagi ofis kitorang.Diskus tu kejap jek.Lepas diskus aku bagitau yang aku suka dengan konsep ofis dia.Aku yakin kalau sesiapa yang pergi tengok ofis dia pun akan suka sangat2.So Sek San ajak aku jalan2 dalam ofis dia yang cool gile tu...sambil dia terangkan konsep ofis dia kat aku...tetiba dia ajak aku pergi rumah dia...katanya rumah dia tu adalah salah satu masterpiece design dia...aku dah la nak balik cepat..Tapi Sek San bagitau..jangan risau rumah dia tak jauh...hanya 200 meter je dari ofis dia..wow! meaning tiap2 hari dia pergi kerja jalan kaki?..itulah cara nak selamatkan bumi..bukan dengan padamkan lampu selama sejam pada 28 March jek...So berangkatlah kami ke rumah dia...Tiba dirumah...Sek San mengajak aku berjalan dirumah nya..yang pada aku dah macam galeri arts+taman+hutan+balinese+macam rumah mat salleh kat australia...aku pulak boleh lupa nak bawak DSLR...adehhh...dah le baru beli lens...terlepas la aku nak merakamkan rumah Sek San yang cool tu...pernahkah terpikir garden atas bumbung rumah?..itulah salah satu yang ada kat rumah arkitek lanskap yang tersohor nih...banyak konsep dan idea yang di curahkan pada aku..aku pulak dok tanya macam journalist plak...dah lama sangat aku pun dah nak kena pulang ke ofis..So Mr. Seksan bagitau yang aku boleh datang lagi kalau nak jalan2 kat ofis dia...so aku bagitau yang aku nak bawak wife aku datang jugak tengok...harap-harap bolehlah datang tengok rumah dia yang cool giler tuh...Aku rasa orang macam dia ni akan selamtkan bumi..sebab banyak idea dan konsep dia adalah nature+recycle..dan bukan Capitalist architecture...

Thursday, March 26, 2009

KJ=Khairy Jamaluddin,Kopi Jantan or Kopi Janda

Khairy menang lagi..aku rasa Kak Fer akan gembira tak terhingga di atas kemenangan KJ...faktor utama kemenangan Khairy :

Kehenseman. Khairy mempunyai rupa paras yang hensem ( kalau mengikut wanita di sekitarku) yang tidak boleh disangkal lagi walaupun tona agak sedikit kegelapan.

Ayat- ayat cinta. Khairy mempunyai karisma untuk berucap tanpa teks yang dianggap kelebihan utama beliau. Bayangkan lah ayat-ayat cinta kalau time nak mengorat.

Banyak lagi faktor-faktor yang tidak dapat dihuraikan disini...aku hanya melihat dari kacamata orang pompuan...hahaha...

Aku nak KJ...bukan Khairy Jamaludin tapi Kopi Jantan...lol

Monday, March 23, 2009

An Evening With Mr. Bazuki Muhammad at Putrajaya

Kisah nya, hari Sabtu lepas aku siapkan kerja-kerja kat ofis, aku cepat-cepat nak balik ke Seremban. Tapi aku tergerak hati nak singgah kat Putrajaya sebab ada Putrajaya International Hot Air Balloon 2009.Tapi keadaan sesak menuju ke area Putrajaya menyebabkan aku mencari kawasan lapang yang agak jauh dari tapak perlepasan belon.Ramai juga yang mecari spot tersebut kerana melarikan dari kesesakan teruk di Putrajaya. Belon yang sepatutnya dijadualkan berlepas jam 6 akhirnya ditunda sehingga jam 6.30 petang kerana angin kuat.Setelah dapat mengambil beberapa 'shot', aku terdengar suara yang kuat dialek kelantan tidak jauh dari tempat aku berdiri.Rupanya Encik Bazuki Muhammad berdiri bersama anaknya tidak jauh dari aku.Hahah..aku rasakan acara belon panas itu tidaklah menarik lagi kerana apa yang aku "terserempak" adalah seseorang yang lebih bermakna....Buat pengetahuan En Bazuki Muhammad adalah photojournalist bagi Reuters di Malaysia.Hanya ada 2 orang yang menjadi wakil Reuters di Malaysia, Bazuki dan En Zainal Halim. Mereka berdua adalah idola atau sifu bagi photojournalist di Malaysia.Sungguh aku tak sangka akan bertemu En Bazuki di spot yang tidak ramai fotografer.Mungkin kesamaan untuk mengambil gambar belon udara yang berlatarbelakangkan matahari petang membuatkan kami bertemu.En Bazuki adalah seorang Arkitek yang menukar profession kepada Photojournalism setelah 6 tahun berkerja di sebuah Firma Arkitek terkenal MAA Architects.Pertemuan yang singkat itu menjadi sesuatu yang amat berharga kerana En Bazuki adalah idola aku sejak menuntut di UiTm sejak tahun 1999. Bayangkanlah anda bertemu idola anda tanpa dirancang,pastinya perbualan adalah sangat tidak formal.Lebih kepada perbincangan rakan2 dan bukanlah formal seperti dalam Bengkel-bengkel fotografi.Terima kasih pada En Bazuki yang telah menurunkan ilmu-ilmu yang tidak ternilai.Oh ya, anak tunggal En. Bazuki, Aishah rupanya adalah super duper junior aku di MRSM Serting, Negeri Sembilan.What A coincidence kan.Alhamdulillah,baru aku tahu rasanya bagaimana bertemu dengan idola kita.. argghhh...tapi aku lupa nak amik gambar bersama...sebab terlalu asyik berborak...till we meet again En Bazuki

Sunday, March 22, 2009

Friday, March 20, 2009

Wednesday, March 18, 2009

Perjalanan-Desa Oh Kota

berakhirnya 5 hari yang tiada hubungan dengan dunia maya...hampir terleka dengan nyaman nya kampung warisan tok nenek...nguakkan lembu abg Mie...ngiauan kucing Mama dan Papa...ayam ntah sapa yang terkokok di tengah hari...malaikat turun barangkali...Damia masih kecil...kalau tidak boleh bermain...Arau sungguh damai..walau sudah mula membangun..dengan projek Barisan Nasional..juga Trek Berkembar MMC-Gamuda...padi sudah di potong...tinggal untuk dijual...berapa harganya wahai si peraih?...yang mula membajak pasti gembira...hujan melimpah tanda rahmat Tuhan...aku rindukan sunyi dan nguakkan lembu Abang Mie...

Friday, March 13, 2009

Perjalananku- Pantai Balok



Foto-foto simpanan ku ketika mengikuti hari keluarga ofis isteri Mei 2008. Bulan Mei 2009 akan ada lagi satu trip ke Langkawi...Moga akan dapat ku buat gambar-gambar lebih menarik...


KL Hujan Lagi

KL hujan lagi...aku keluar macam biasa...
Di Tiroi sudah melebat air hujan...
Takde mood aku untuk menalaah...
Langsung lelapkan mata adalah terbaik...
Tiada orang berpusu di tren hari ini...
Tiada sesak nafas atau berhimpit pinggang dan punggung...
Mungkin basah di tengah jalan...
Atau melewatkan masa dek sejuk air hujan...
Si isteri memeluk rapat..
"abg tak payahlah pergi kerja hari ni"

KL hujan lagi...aku berjalan seperti biasa ...
Bank Negara ke Sogo masih jauh...
hujan melimpah rahmat pada baju dan seluar Alain Delon ku...
Pelik tapi benar...
semua manusia berpayung...pink, biru air laut,coklat dan kelabu tahi anjing...
aku?
tiada daun keladi atau daun pisang menutup kepala...
bagai tuhan..semua yang lain tahu hari akan hujan barangkali...
aku teringat kata-kata lama...
sediakan payung sebelum hujan...

Thursday, March 12, 2009

Kisah Komuter #10 - Pelapis Nabil dan Sepah

Aku rasa kalau rancangan realiti Tv nak cari bakat macam Nabil atau Sepah bolehlah cari dalam KTM Komuter. Ramai yang berbakat untuk buat lawak atau setidak-tidaknya menghibur aku yang penat tiap kali balik kerja dengan Tren yang sesak lagi menyesakkan. Kisah nya macam ni,semalam aku balik agak lewat sebab ada game futsal kat Sport Seven Wangsa Maju. Bos Wan Harris hantar aku kat Serdang sebab dia on the way ke Putrajaya. punya la lambat dan tren buat hal , lewat 30 minit lebih sambil penat menunggu, barulah tren tiba. Sebaik aku board in ( untuk mereka yang agungkan bahasa inggeris ) aku terpandang seorang minah ni tengah duduk.Sambil menelefon menggunakan handfree, dia menggawangkan tangan ke udara seolah-olah pemidato di persidangan Umno lagaknya.Nampak begitu bersemangat menerangkan sesuatu pada rakan di telefon tanpa sedari manusia sekitaran terutama aku tergelak melihat telatahnya.Jauh di tengah tren aku terlihat ada lagi keletah kelakar yang perlu aku kongsi disini.Seorang mamat yang sedang berdiri di bahagian tengah tren, oleh kerana tidak dapat duduk dia berpegang pada tiang besi.Sambil melayan MP3 , dia menganggukan kepala dan menggayakan seolah dia sedang menggoreng.Dengan menjadikan tiang sebagai "fret" gitar...dia begitu menggorenglah...sampai terangkat2 kepala dan memejamkan matanya..lagak seperti Steve Vai...hahha...memang orang-orang seperti ini diperlukan di dalam perjalanan aku setiap hari..sekurang-kurang dapat melupakan aku pada perjalan ke Seremban yang masih jauh...buat pencari bakat...cubalah naik KTM Komuter kalau mahu mencari bakat terpendam....

Buat dirimu yang terlupa

Salam muhibbah, buat renungan. Wajarkah hamba Allah menilai peribadi suatu hamba Allah yang lain hanya kerana berniaga produk kesihatan.Look at the other side of it.Berniaga tuntutan hidup yang makin menyempit ini.Mencari pendapatan sampingan atau side income ( bagi mereka yang tak paham bahasa melayu ) adalah tuntutan akibat keadaan ekonomi yang menuntut. Waima apa sekalipun perniagaan selagi tidak melanggar hukum agama, dilakukan secara ikhlas dan tidak menindas ( kapitalis ) adalah digalakkan. Kalau direnung, berniaga itu dituntut ( sebagai Fardhu Kifayah ).Adalah fardhu kifayah untuk membantu sesama umat islam di dalam perniagaan sebelum membantu umat agama lain,kecuali kepakaran itu tiada atau perkhidmatan itu tiada orang islam yang terlibat, maka haruslah membeli atau menggunakan kepakaran selain umat Islam.Jadi bagaimana kalau memang tiada Umat yang Islam yang mahir atau menyediakan perkhidmatan atau bidang perniagaan tertentu?maka di sini lah tuntutan untuk meguasai ilmu dan menambahkan kepakaran dalam sesuatu bidang itu agar umat Islam meningkat setaraf umat2 lain di dunia ini. Jadi, biarlah kita memilih nilai atau kemahiran yang kita suka atau mahu lakukan lantas menjadi kekuatan diri sendiri.Jangan lah hanya kerna tuntutan atau suara-suara kecil yang seperti langau menghurung bangkai menjadikan diri lemah dan tidak bermaya.Jangan hanya kerna sudah terlalu tinggi menggapai awan, terlupa kita pada rumput dan batu di tepian jalanan yang masih panjang ini...

Wednesday, March 11, 2009

Kisah Komuter #9- Adakah aku Rasis?

Hari semalam sama saja dengan hari-hari yang lain..macam berperang walau hanya mahu berdiri di dalam komuter ni...ramai manusia yang terpaksa memilih kenderaan awam sempit dan menyempitkan ini,yang sesak,busuk,hangit,masam bau dan rasa dek kerana tuntutan kehidupan..termasuklah aku..kalau nak bau wangi,selesa,hawa dingin...naiklah kereta sendiri!...sedang leka menahan nafasku yang makin sesak...terpandang seorang gadis India mengelek buku novel...bila diperhatikan lebih jelas...rupanya novel itu adalah novel melayu..mungkin terbitan Creative...aduh...ada ke orang India membaca naskah melayu?Novel melayu..kisah cinta ...tajuknya Ria Qistina..begitu asyik melihat si gadis India itu membaca...adakah dia faham kisah novel itu?...tapi faham saja tidak cukup..harus meneliti dan menghayati..kerana novel melayu ni lebih sudu dari kuah...terpikir sendiri...siapa kata bahasa melayu tak bagus...kalau tidak takkanlah si gadis India itu memilih kisah cinta melayu...terus menerawang ...sedihnya orang melayu sendiri tidak memilih novel melayu....lebih suka mengagung karya Grisham atau Sidney Sheldon...tapi mungkin akibat modernisasi kita lebih suka barat dari nenek moyang sendiri...tapi yang paling sedih...ada bangsaku sendiri yang tak pernah membaca..walau hanya menu di meja makan Kedai Kopitiam...aku harus berhenti menjadi rasis...

Tuesday, March 10, 2009

Aku perlu pendapat korang-Nasib Si Penchuri

Tadi masa aku tengah basuh pinggan lepas sarapan, kakak kat ofis ni bagitau aku yang dia risau pasal kejadian pecah kereta yang berleluasa semenjak dua menjak nih.Minggu lepas sahaja da lebih dari 5 buah kereta kena pecah kat depan, tepi dan belakang ofis aku.Yea...memang merisaukan.Ade ke patut penchuri tu boleh pulak pecah kereta pastu bila kena kejar siap leh lambai2 tangan lagi sebelum lari...kan kureng ajar namanya...Jadi si Kak Faziyah ni tanya aku..."Apa la yang budak2 lelaki akan buat kalau dapat tangkap mamat tu ek?" So apa yang anda rasa patut kitorang buat kat mamat tu sebelum serah kat polis? :

  1. Ikat dia dan letak kerengga kat badan dia?
  2. Londehkan baju dan seluar ( kecuali boxer) pastu panggil budak ofis pompuan dan adakan sessi photoshoot?
  3. Dera or ragging dia macam kena dera ngan senior kat sekolah dulu?
  4. Atau anda ade cadangan lain?

Friday, March 06, 2009

Ada apa dengan Terengganu?


Sejak dua menjak ni aku begitu ter'attached' dengan sentimen Terengganu sebabnya :


1. Aku dilantik sebagai Architectural Coordinator untuk projek UDM Besut.UDM adalah Universiti Darul Iman Malaysia, dulunya dikenali sebagai KUZSA.Projek ini sedang rancak berjalan dan baru sahaja menyiapkan Bangunan Jabatan Pembangunan dan Penyelanggaraan.


2. Syarikat tempat aku makan gaji ni diasaskan di Kemaman,Terengganu sejak 20 yang lampau tau.


3. Aku sedang membaca buku The Raja Bahrain Story.Kisah pasal seorang ayah yang menyelamatkan anak-anaknya yang telah diculik dan dibaptiskan oleh ibu kandung mereka yang berasal dari Australia.Sampaikan aku anggap seorang budak kecil yang menangis dalam komuter pagi tadi adalah mangsa culik.Begitulah kuatnya kesan Terengganu pada jiwa aku.Hahahah...


4. Aku suka makan keropok lekor kat Stesen LRT Bandar Tasik Selatan walaupun tak sesedap keropok kat Gong Badak atau Setiu pun.


So ada contoh lain yang boleh buat kita 'attached' pada sesuatu?

Monday, March 02, 2009

Susut Nilai Sebuah Perkahwinan...Gile ke ape?

pernahkah kita terpikir sebuah formula untuk mencari susut nilai sebuah perkahwinan..itulah yang cuba dibuktikan oleh Design Engineer kat ofis aku nih....ada few sebab kenapa dia jadi mengong aku rasa:

  1. bosan tahap cipan
  2. kerja kat ofis dah kurang ( sebab ekonomi lembab )
  3. kena marah ngan bos dari pagi kot
  4. monday blues?
  5. bengang dengan bini dia
  6. baru gaduh malam tadi
  7. terpikir nak kahwin lagi satu kot
  8. ada awek ajak kahwin

tapi percayalah..pape pun korang kena renung dalam2 erti sebuah perkahwinan...buat siapa yang dah kahwin tu..nilai2 la sendiri...tak payah la sampi nak buat formula...heheheh..patutlah Engineer ni keras..ade ke nilai perkahwinan pun sampi nak buat formula...au revoir!

Saturday, February 14, 2009

4 minggu sudah....


  • Damia dah cukup 4 minggu ( kalu kira 4 kali Jumaat lah)
  • Dah pandai rengek mintak susu
  • Dah pandai genggam jari bila disentuh
  • Dah pandai posing
  • Dah pandai tak nak kena bedung
  • Dah pandai melonjak2 bila mandi dan pakai kan diaper

Friday, February 13, 2009

Korang Perasan Tak?-Ep.2-Orang sekeliling kita memang berkait rapat

Faizul staff baru ofis aku adalah anak sedara Dato'. Baru aku tau dia super junior aku kat MRSM dulu..baru tahu...

Sepupu Faizul tu plak ( anak sedara Dato jugak la) adalah Thesis Coordinator aku masa kat UiTM ...Dr. Esmawee...baru tahuu...

Abg Rahman tu biras aku. Anak sedara dia Si Faizal plak junior aku kat MRSM dulu...Baru tahuu...

Kelmarin dapat kad kahwin si Ahmad Hafiz...nak kahwin dah rupanya...nak kahwin dengan adik angkat wife aku...si Hafiz ni junior aku kat MRSM dulu...maknanya dia satu batch dengan si Faizal ( anak sedara biras aku)

Semalam pulak, dapat kad daripada Juju, kawan wife aku masa kat Sains Muar. Si Juju ni nak kahwin dengan si Fadzli ( nama glamor Gombak sebab rumahnya si Sri Gombak). Si Fadzli ni plak sama batch dengan aku di MRSM dulu. Pendek kata senior pada si Hafiz, Faizal dan Faizul.

Wife aku dulu kat Sains Muar.School mate wife aku di Muar dulu, si Pijan a.k.a Solorn . Si Pijan ni lelaki, satu sekolah dengan aku masa sekolah rendah. Kami berkawan sampai darjah 6 di Pahang dulu.Maknanya , wife aku dan Juju + Pijan adalah berkawan..

Perasan tak yang kita semua ni berkait antara satu dengan lain dalam dunia nih...lol

Thursday, February 05, 2009

Korang Perasan Tak?-Ep.1-Apa yang korang benci akan menjadi kesukaan akhirnya...

Apa yang korang benci pada mulanya..akhirnya pasti dirindu ...difikir2...didengar2.. Xfresh FM atau X FM pada awalnya menjadi kebencian teramat aku pasal tagline die.."kami tak hot kami coollll..."pasal ape nak buat tagline yang hampeh dan men'anjing' Hot FM...nampak macam kebudakan dan kehausan idea...perjuangan suci tapi niat tidak menghalalkan cara...tapi akhirnya itulah radio kesukaan aku...buat masa ni lah kan..sebab :

  1. memainkan lagu malaysia berbanding lagu2 negara luar
  2. banyak mainkan lagu berbanding iklan merepek jual kopi dan ubat tenaga batin..bla..bla..
  3. kuat pada prinsip..walaupun tagline yang hampeh sekali...
  4. mungkin tagline tu yang buat orang suke kot?
  5. memperjuangkan apa yang dianggap secara sedar adalah betul...
  6. hidup perlu prinsip...barulah HIDUP...
  7. 6 sebab di atas sudah cukuplah...lol

Ada juga radio lain yang menjadi pujaan seperti Bernama Radio dan IKIM.FM...korang dengarlah pasti korang suke...

Tuesday, February 03, 2009

Hujan+ Sakit Perut = Dugaan

Lunch di Istana Budaya
Orang ramai teramat...macam nak perang
mungkin sebab PGL Series Ke-3 sedang fasa latihan
Nampak Hang Tuah dan Datin Tiara bermakan tengah hari

Lauk yang ku ambil sambal sotong pedas...
Sambil menjamu meliar mata memerhati lagak orang kota
Sedang menunggu habis masa makan...
"Adeh..apsal pedih perut nih?"
"Jom balik lagipun Si Hairy kepalanya pening"

jam berdetik menunjuk angka hampir 5
perutku masih sakit...
cuaca diluar masih sekata...
lebat kadangkala renyai...
bagai menangisi perut ku yang sakit...
tapi rahmat buat ofis yang penghawa nya sudah rosak...

hatiku cemas..
"macam mana nak balik Seremban nih"
tiba-tiba ku rasa kepedihan itu datang lagi...

Friday, January 30, 2009

Kisah Komuter #8 - Memoir Seorang Sosialis

"Sekolah dimana?" sapa aku pada anak india di dalam tren pagi ini..."Labu" jawabnya pendek....mungkin pesan ibu agar jangan bercakap dengan orang asing...sungguh naif anak india ini...pagi-pagi sudah keluar ke sekolah...mencari ilmu untuk bekalan...

akhirnya dapat juga aku habiskan buku pasal Lim Guan Eng semalam...naskhah yang pendek sahaja...cuma saduran dan himpunan artikel-artikel...jadi hari ini aku mulakan dengan Mencari Jalan Pulang : Dari Sosialisme Kepada Islam oleh Kassim Ahmad..aku tertarik untuk membeli kerana muka depan yang berlatar rona hitam putih..aku merasakan rona dan tona hitam putih amatlah terkesan untuk sebuah autobiografi...selain itu juga..Kassim Ahmad yang terkenal sebagai "anti-hadis: berikutan bukunya terdahulu membuatkan aku teruja untuk mengetahui bagaimana seorang yang konon nya tersesat dapat mencari jalan pulang...teringat aku pada buku bulan lepas yang aku baca mengenai Jim Thompson...beliau juga sesat di hutan Cameron Highlands...mungkin Tuan Kassim dapat menunjuk jalan ke pangkal?lol ..

Sejuk di luar tren ...aku mengemaskan peluk tubuh agar sedikit hangat...masih jauh lagi...

Thursday, January 29, 2009

Kisah Komuter #7-Kenapa mesti Arkitek juga..

Gambar diatas adalah gambar kaki anak aku...tiada kena mengena dengan kisah kali ini..lalala..


Lama aku tak menulis di bawah tajuk Kisah Komuter ni sebab tak sempat...macam kata hos rancangan di RTM..masa mencemburui...poodahh..tajuk ini memang sudah lama menarik perhatian..tapi inilah kesempatan terbaik untuk aku kupaskan..macam kupas buah limau mandarin tu..lol

Sudah masuk hari ke-2 aku membaca buku yang baru ku beli....Lim Guan Eng : Dari penjara ke Tampuk Kuasa oleh Wan Hamidi Hamid.. seperti biasa penulis akan cuba untuk menunjukkan siapa yang lebih disokongnya...lihat tajuk pasti kita tahu siapa...tapi yang lebih tertarik disini adalah apabila penulis merakam " Lanskap politik Malaysia telah berubah dan Guan Eng adalah salah seorang arkitek utama perubahan ini...." Persoalan..kita juga pernah mendengar ulasan pengulas sukan di RTM..."owh...nampaknya ketua pasukan, si polan adalah arkitek kepada jentera serangan yang akhirnya menghasilkan gol yang cantik..."

Yang pelik kenapalah arkitek yang dianak kambingkan..bukan engineer ke..lawyer ke...guru besar ke..penyelia petang ke...renung2kan dan selamat beramal..lol

Wednesday, January 28, 2009

My lil Damia

foto credit to id
wahhh...hari-hari yang terlalu sibuk..tak sedar masa berlalu dengan sangat cepat..sudah hari ke-11 ...percayalah kata aku ni bila wife sudah bersalin..tak cukup kaki tangan untuk berpegang dan lantai nak berpijak...tidur waktu maghrib di tikar solat pun sudah besar rahmat..sekadar untuk lelap kan mata dan meregang kaki...sementara si kecil masih bermimpi..sambil tersenyum...cepatlah besar anakku..boleh nanti kita bermain bersama...

Thursday, January 22, 2009

Nur Damia bt. Muhammad Qiyam

just read the title...cause i'm busy with my lil princess right now...lol

Wednesday, January 14, 2009

Kisah Komuter #06- Strange Wednesday

What a strange day...no hassle...sleep like a child in train for 45 minutes..no train delay...not much poeple on board...no pushing and pinching...few people at Bank Negara Station...less car on the road near Pertama and Sogo...no heavy traffic in Jalan Kuching...wierd morning i must say...
this goes to paklan rizan..you know who you are...nice painting...and talented son..

Tuesday, January 13, 2009

Cahaya hati

Monday, January 12, 2009

Yang Dinanti











Tajuknya sepatutnya dalam Inggeris supaya lebih dramatik...tapi cukup dengan gambaran serta cahaya samar dan lingkar cahaya...satu penantian yang dipenuhi dengan kesabaran...tidak perlu digesa...sekadar mengharap qada dan qadar berpihak pada diri...










Sunday, January 11, 2009

Absurdity

it so sad when u feel absurd...like nothing to think..except few things...none with rainbows...only few drops...when u feel like running away from everything...towards endless tunnel and stop when u feel tiredness...continue when the absurdity come to take u again...run forrest run

Wednesday, January 07, 2009

Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung

Jangan pula disalah tafsir tajuk ni...aku seorang lelaki tulen...cuma semalam aku terbaca entri sue..dan terjebaklah aku menonton klip ni..sebenarnya aku teringat pada sebuah buku yang aku beli dalam tahun 2003...tajuknya "Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung"...tulisan Ir. Endok Sempo Haji Tahir...aku beli pun sebab tajuknya menarik...dah la murah..sapa tak nak buku murah..kat Malaysia ni buku mahal2 belaka...sambil2 membantu rakan aku sewaktu pelancaran buku ni bersama JIM...so sesapa yang nak mencari sebab kenapa mereka perlu memakai hijab atau menjadikan tudung sebagai sebahagian daripada aksesori..bolehla mencari buku nih...pada aku biar lambat dari terlambat...

Monday, January 05, 2009

Kisah Komuter #05- Hari Pertama Persekolahan

Perjalanan bermula tepat 6.38 pagi...
suasana dingin lantas kebanyakan mengambil peluang untuk lelapkan mata...
aku masih mencuba untuk menghabiskan buku Jim Thompson...

tiba di Stesen Batang Benar...sekumpulan murid sekolah mengambil tempat...
lantas teringat...hari pertama sekolah rupanya...

penting sungguh hari pertama hinggakan ada yang mengambil cuti...
budak kat ofis pun ramai juga yang turut ke sekolah...
katanya harus ditemani sebagai penguat semangat..
sebagai rangsangan...buat anak kecil...
sebagai pendorong buat si manja...

aku teringat masa kecil2 dulu...
ada tahun yang aku terpaksa menghadapi hari pertama sendirian...
tanpa ayah..kerana terpaksa bekerja jauh...
hanya berbekalkan duit yuran dan bekal sarapan...

di sekolah ramai yang berpimpin tangan menuju ke kelas...
tidak kurang yang menunggu anak sehingga bayaran yuran dan waktu rehat...
tapi aku sudah terbiasa...
sejak dahulu keadaan melatih aku untuk berdikari...
membayar sendiri...mengira baki dan mengirim resit sebagai bukti...

belajar untuk bersendiri bila tiba waktu...
belajar menjadi yang diharap...bukan mudah...
belajar memikul amanah dan tanggungjawab...
bukan mudah dan murah...
semua itu sungguh mahal harganya...
terima kasih buat ayah ibu...
buat yang pertama kali ke sekolah....
moga menjadi anak bangsa yang berguna...

tren menuju laju bersama dingin pagi
aku memilih untuk lelapkan mata...

Friday, January 02, 2009

2009 Tahun yang Dinanti

2009 dah bermula...
tapi biasa saja...
tiada istimewa...
yang ada hanya sedikit

yang pasti penantian untuk kelahiran...