Monday, March 23, 2009
An Evening With Mr. Bazuki Muhammad at Putrajaya
Kisah nya, hari Sabtu lepas aku siapkan kerja-kerja kat ofis, aku cepat-cepat nak balik ke Seremban. Tapi aku tergerak hati nak singgah kat Putrajaya sebab ada Putrajaya International Hot Air Balloon 2009.Tapi keadaan sesak menuju ke area Putrajaya menyebabkan aku mencari kawasan lapang yang agak jauh dari tapak perlepasan belon.Ramai juga yang mecari spot tersebut kerana melarikan dari kesesakan teruk di Putrajaya. Belon yang sepatutnya dijadualkan berlepas jam 6 akhirnya ditunda sehingga jam 6.30 petang kerana angin kuat.Setelah dapat mengambil beberapa 'shot', aku terdengar suara yang kuat dialek kelantan tidak jauh dari tempat aku berdiri.Rupanya Encik Bazuki Muhammad berdiri bersama anaknya tidak jauh dari aku.Hahah..aku rasakan acara belon panas itu tidaklah menarik lagi kerana apa yang aku "terserempak" adalah seseorang yang lebih bermakna....Buat pengetahuan En Bazuki Muhammad adalah photojournalist bagi Reuters di Malaysia.Hanya ada 2 orang yang menjadi wakil Reuters di Malaysia, Bazuki dan En Zainal Halim. Mereka berdua adalah idola atau sifu bagi photojournalist di Malaysia.Sungguh aku tak sangka akan bertemu En Bazuki di spot yang tidak ramai fotografer.Mungkin kesamaan untuk mengambil gambar belon udara yang berlatarbelakangkan matahari petang membuatkan kami bertemu.En Bazuki adalah seorang Arkitek yang menukar profession kepada Photojournalism setelah 6 tahun berkerja di sebuah Firma Arkitek terkenal MAA Architects.Pertemuan yang singkat itu menjadi sesuatu yang amat berharga kerana En Bazuki adalah idola aku sejak menuntut di UiTm sejak tahun 1999. Bayangkanlah anda bertemu idola anda tanpa dirancang,pastinya perbualan adalah sangat tidak formal.Lebih kepada perbincangan rakan2 dan bukanlah formal seperti dalam Bengkel-bengkel fotografi.Terima kasih pada En Bazuki yang telah menurunkan ilmu-ilmu yang tidak ternilai.Oh ya, anak tunggal En. Bazuki, Aishah rupanya adalah super duper junior aku di MRSM Serting, Negeri Sembilan.What A coincidence kan.Alhamdulillah,baru aku tahu rasanya bagaimana bertemu dengan idola kita.. argghhh...tapi aku lupa nak amik gambar bersama...sebab terlalu asyik berborak...till we meet again En Bazuki
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment