Thursday, March 12, 2009
Buat dirimu yang terlupa
Salam muhibbah, buat renungan. Wajarkah hamba Allah menilai peribadi suatu hamba Allah yang lain hanya kerana berniaga produk kesihatan.Look at the other side of it.Berniaga tuntutan hidup yang makin menyempit ini.Mencari pendapatan sampingan atau side income ( bagi mereka yang tak paham bahasa melayu ) adalah tuntutan akibat keadaan ekonomi yang menuntut. Waima apa sekalipun perniagaan selagi tidak melanggar hukum agama, dilakukan secara ikhlas dan tidak menindas ( kapitalis ) adalah digalakkan. Kalau direnung, berniaga itu dituntut ( sebagai Fardhu Kifayah ).Adalah fardhu kifayah untuk membantu sesama umat islam di dalam perniagaan sebelum membantu umat agama lain,kecuali kepakaran itu tiada atau perkhidmatan itu tiada orang islam yang terlibat, maka haruslah membeli atau menggunakan kepakaran selain umat Islam.Jadi bagaimana kalau memang tiada Umat yang Islam yang mahir atau menyediakan perkhidmatan atau bidang perniagaan tertentu?maka di sini lah tuntutan untuk meguasai ilmu dan menambahkan kepakaran dalam sesuatu bidang itu agar umat Islam meningkat setaraf umat2 lain di dunia ini. Jadi, biarlah kita memilih nilai atau kemahiran yang kita suka atau mahu lakukan lantas menjadi kekuatan diri sendiri.Jangan lah hanya kerna tuntutan atau suara-suara kecil yang seperti langau menghurung bangkai menjadikan diri lemah dan tidak bermaya.Jangan hanya kerna sudah terlalu tinggi menggapai awan, terlupa kita pada rumput dan batu di tepian jalanan yang masih panjang ini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment