Thursday, October 30, 2008

mangsa dunia maya...

pagi ni ofisku dijangka black out...
so bagi elakkan perkara tak diingini terjadi
server di'downkan' untuk menyelamatkan keadaan..
so takdelah internet selama 1 jam...

so selama 1 jam lah dunia ni mcm terpadam sekejap...
selama 1 jam lah terasa terasing dengan dunia'maya' ini..
selama 1 jam lah bagai buntu dan terpinga..
selama itulah aku bagai terpinggir dengan 'dunia' ini

tapi apakah itu yang lebih nyata?
mana lebih nyata?
dunia yang nyata atau maya itu yang nyata?
kita merasakan kita yang nyata..
tapi mungkinkah yang maya itu sebenarnya yang nyata?

kenyataan nya...
manusia semakin terhimpit dengan elektronikasi
semakin menjauh dengan nilai2 diri dan
lebih berpura di dalam 'dunia' ini
kerana di dunia nyata...semuanya hanya topengan belaka

Tuesday, October 28, 2008

dokter vs dengki

pagi ni aku 'diberi' cuti lagi..
cuti pun macam tak cuti...deringan telefon tu tak berhenti...
bukan orang penting syarikat..tapi kepentingan itu hanya aku yang tahu...
ini syarikat bukan ahmad albab yang punya..

tapi yang lebih menarik cerita aku...
semasa aku di klinik kegemaran keluargaku...
minda ini teringat pada cerita sekitaran...
"owh..jangan pergi merawat dengan dokter itu"
"dia ada masalah besar" kata si polan
aku ni jenis yang curiosity tahap tinggi...
jadi selepas membayar...tanpa segan silu
"dokter,saya dapat pesanan untuk tidak berjumpa+dirawat dengan dokter lagi"
"apa masalah dengan dokter"

dokter tersenyum bagai sudah menjangka soalan aku.....

"saya gembira kerana awak jujur dengan soalan awak"

aku gembira ..takut soalan maut aku tu akan menggelapkan hari dokter yang cerah...

"orang sekitaran memang tidak suka dengan perkhidmatan saya"
"kata mereka saya ini ada kes di mahkamah"

owhh..bukanlah kes kecuaian seperti yang dijangkakan...cuma kes saman malu...
oleh seorang politikus bergelar Dato'...
kerana politikus itu marah kerana sang dokter mempertahankan prinsip dirinya...
lebih daripada memperjuangkan periuk nasi+isi perut sang politikus...
lantas sang politikus mencanangkan berita fitnah yang memalukan...
bersipongang fitnah akhir zaman di serata kampung...

tapi sang dokter tetap dengan perjuangan...
biarpun terpaksa bertahan di kubu sendiri...
menangkis serangan bertubi2 sang politikus...
menahan tohmahan terhadap dirinya dan kerjaya serta prinsip perjuangan...
semoga sang dokter terus bertahan...

manusia owh manusia...
sampai bila harus kita hidup dalam kepuraan..
hidup dalam kebinatangan hati dan naluri...
sampi bila harus mendengki dan busuk hati...

lebih baik berzikir nama Tuhan...
lebih baik menutur 1 kata hikmah daripada hidup seribu zaman...
lebih baik memberi anjing minum daripada memberi anak isteri harta yang haram...
lebih baik berdiam dari berkata2 kiranya tuturan itu hanya menyakiti jiwa marhaien ini...

buat sang dokter....biar Tuhan yang menghukum mereka...hanya Tuhan yang lebih mengetahui...terima kasih atas kepercayaan kepada aku yang tak dikenali ini...

Saturday, October 25, 2008

lagu hati...

tetiba terdengar sayup lagu ditempat kak zai...
sungguh sedap mendengar lagu aliif aziz...version acoustic...
ataupon version soul?
melayan je la...dengan sistem altec lansing yang gedabak besar tu...
tapi aku bukanlah suka sangat kat mamat tuh..
cumanya sedap plak versi akustika...

pada aku..
hari sabtu adalah hari yang biasa saja..
yang jarang dinikmati kesabtuannya..
sebab ofisku ini suka bekerja...
lantaran itu melayan jiwa...
sambil menyiapkan kerja2 sebelum menjelang minggu depan...

teringat sewaktu muda-muda dulu...
melayan jazz atau soul di no black tie...
bukanlah arif sangat pasal musik...
tapi kecenderungan itulah yang buat aku jadi begini..
muzik itu pelbagai...
sambil menyedut malboro...
menghembus ke dalam kopi o...
menghentak perlahan kaki mengikut irama...
mengikut base dram...

mana perginya rakan2 jazz aku dulu...
dah kahwin agaknya...
tapi tak bermaksud terus lupakan muzik kita..
aku pun dah kurang agaknya melayan..
mungkin pada irama ketuhanan..
zikir dan tasbih lebih damai...
tapi sekali sekala terngiang2 irama lama...
bila lagi akan berjumpa dan berdansa?

Tuesday, October 21, 2008

Yasmin Ahmad

Hari ini aku diperkenalkan kepada blogger yang dikagumi...thanks idy
Juga seorang yang pernah dilingkari dengan kontroversi...
Pernah aku diberitahu oleh bos aku yang dia juga 'classmate' dengan nya...
Sesungguhnya aku kagum dengan beliau...
walaupun aku belum habis lagi membaca 'cerita'2 nya

cerita2 nya memang tak jemu untuk difikirkan...
plot ringkas tapi penuh maksud...
kalau tak suka memikir...susahlah...
kalau tak suka memerah santan...manakan dapat lemaknya...

'orang kita' memang begitu...
'orang kita' sudah lumrahnya...
'orang kita' suka berleka...
'orang kita' suka yang ringan2 sahaja...

Friday, October 17, 2008

what to think...

nothing much to think...
suddenly thinking of what to think...
wait..i'm thinking right now dear my mind...
think...think...thinking..
what to say..
what to write...
wait...i'm writing now...
what to speak...
what to decide...
take it or leave it...
too much in my head...
suddenly...
suddenly my mind stop...
my finger stop....*stop*
blur me...

Thursday, October 16, 2008

rehat atau direhatkan?

Sudah lama aku tak dapat M.C...mungkin sudah tiba masanya Tuhan nak aku rehat...apa hikmah nya? Keje di pejabat tak siap dan makin bertimbun...tapi aku boleh buat kerja2 mengemas rumah...mesti orang-orang di pejabat tercari2 dokumen2 yang hanya aku je yang tahu letaknya...tapi aku plak boleh la cari2 tayar baru untuk di tukar...yag aku pasti ada orang di pejabat yang terpaksa buat kerja2 yang aku tinggalkan buat sehari ni...tapi hikmahnya...diorang tu tak le asyik bergantung harap pada aku saja...semua kita didunia ni saling 'compliment each other'so sebarang kekurangan atau ketidakcukupan...ada hikmah di sebaliknya...macam sahabat aku yang baru terdelete memory dalam Laptopnya...mungkin hikmahnya sudah sampai masa untuk dia melupakan perkara lama yang masih tersimpan...tapi aku faham, memori tetap menjadi memori...tetapi untuk menjadi suatu entiti baru..terkadang kita terpaksa korbankan kasih sayang kita pada memori untuk mencapai maksud....semacam Negara Jepun pasca Tragedi Hiroshima dan Nagasaki...bayangkan jika mereka tidak bangkit selepas tragedi dan hanya meratap hiba setiap hari..sudah pasti Negara Jepun sekarang bukanlah sehebat sekarang...tapi setengah kumpulan manusia suka melihat kebelakang terlalu taksub..asyik melihat sumbangan yang telah habis tempoh sah lakunya...asyik mencanang cerita tok nenek mereka..sudahlah...mereka ini umpama hidup dalam bayangan yang 'dicipta' mereka...tapi bukan bayangan realiti yang terpancar dek matahari...maksudku di sini parti-parti politik yang tak jemu mengungkit kisah silam yang layaknya hari ini di simpan elok di Arkib Negara.Kesimpulan carilah hikmah di setiap kejadian..untuk iDy...vista pon bleh lah...merci

Monday, October 13, 2008

suka atau jelek?

macam mana kita nak tau orang suka kita?
kadang senyum di tepi
tapi jelek di belakang
minta tolong bagai nak rak
tapi mana tahu ambil kesempatan atas kebaikan
tapi kalau prejudis sangat pun...
umpama aku jelek pada semua orang lain di sekitar
jadi tolong sahaja selagi daya dan terikhlas...
kalu tak boleh jugak
diam membatu
kalau tak tolong pun tak dapat dosa
tapi rugi tak dapat pahala 'mudah'
yang penting mengikhlaskan usaha
kerana semuanya akan terpalit kembali...

Saturday, October 11, 2008

siapa lebih mulia?

semalam selesai solat jumaat...
ketika menanti teman melipat kain pelikatnya..
aku terlihat dua susuk meniti tangga masjid...
pergi meninggalkan imam dan siak...
meninggalkan jemaah...
tapi kulihat lenggok mereka berdua semacam ada yang lain dari yang biasa...
lebih hangat dari biasa...hee...
mungkin kerna lenggok itu semacam lembut...
semacam anak gadis...
mungkin ini yang digelar manusia sekitar ...pondan...
tapi...

hinakah mereka?
jijikah kita jika berada satu saf bersama ketika solat?
adakah sah solat jika bersentuhan kulit dengan mereka?
tapi...

siapa lebih mulia?
'pondan' yang bersolat jumaat
atau lelaki sihat tegap tetapi tak kenal mana masjid mana disko?

siapa lebih mulia?
'bapok' yang menadah tangan dikala imam membaca doa
atau jantan tetapi tak kenal syukur pada Pencipta-Nya?

siapa lebih mulia?
'mak nyah' yang menyapu raut muka ayunya dengan air wuduk
atau teruna yang leka meneguk air syaitan?

siapa yang lebih mulia?
mulia di mata manusia...
atau mulia di pandangan Ar-Rahman?
mulia atau hina bukanlah kita yang menentukan...
hanya sekadar peringatan..
buat diri yang alpa...

Thursday, October 09, 2008

semut merah

Hari raya itu memberi makna lagi buat ku...aku sedang rehat di tepi tingkap..melihat pohon-pohon...menunggu bayu menyapa di pipi...hatiku tersentak ketika ku lihat lagat semut merah di ampaian...lagak menyapa rakan semut...lagak berjabat tangan...lagak menyahut salam...ketika itu juga hatiku sedih...ketika itu juga perasaan ku berbaur...sampai bila kita manusia akan terus menyombong...akan terus meninggi hidung dan dagu...hingga lupa pada rumput dan batu...sampi bila akan sedar dunia ini hanya sementara...dunia ini adalah persinggahan yang teramat sebentar...alangkah beruntung nya dunia jika manusia melihat hukum alam...melihat serangga yang teramat kerdil dibandingkan alam ini...tetapi memberi seribu pengajaran...memberi sejuta pengertian...sampi bila manusia akan terus begini...

Wednesday, October 08, 2008

tolonglah aku...

hari ini aku masih di persimpangan...
mahu terus atau belok ke kiri...
mahu mengampu atau berjujur diri...
mahu tersungkur atau berdiri...

Monday, October 06, 2008

apa ertinya hari raya ini?

apa lagi erti hari raya ini?
adakah dengan kereta baharu layaknya disambut raya ini?
adakah dengan PDA baharu layaknya disambut raya ini?

apa lagi erti hari raya ini?
apakah bila dihulur sekeping note 'merah' barulah bersambut salam kemaafaan?
apakah bila dihadiahkan sehelai kain barulah bertaut kembali kasih?

apa lagi erti hari raya ini?
bilakah masanya tiba untuk kusambut kembali kasih ini?
bilakah akan kembali diri ini di lingkari sayang itu?