Thursday, March 12, 2009
Kisah Komuter #10 - Pelapis Nabil dan Sepah
Aku rasa kalau rancangan realiti Tv nak cari bakat macam Nabil atau Sepah bolehlah cari dalam KTM Komuter. Ramai yang berbakat untuk buat lawak atau setidak-tidaknya menghibur aku yang penat tiap kali balik kerja dengan Tren yang sesak lagi menyesakkan. Kisah nya macam ni,semalam aku balik agak lewat sebab ada game futsal kat Sport Seven Wangsa Maju. Bos Wan Harris hantar aku kat Serdang sebab dia on the way ke Putrajaya. punya la lambat dan tren buat hal , lewat 30 minit lebih sambil penat menunggu, barulah tren tiba. Sebaik aku board in ( untuk mereka yang agungkan bahasa inggeris ) aku terpandang seorang minah ni tengah duduk.Sambil menelefon menggunakan handfree, dia menggawangkan tangan ke udara seolah-olah pemidato di persidangan Umno lagaknya.Nampak begitu bersemangat menerangkan sesuatu pada rakan di telefon tanpa sedari manusia sekitaran terutama aku tergelak melihat telatahnya.Jauh di tengah tren aku terlihat ada lagi keletah kelakar yang perlu aku kongsi disini.Seorang mamat yang sedang berdiri di bahagian tengah tren, oleh kerana tidak dapat duduk dia berpegang pada tiang besi.Sambil melayan MP3 , dia menganggukan kepala dan menggayakan seolah dia sedang menggoreng.Dengan menjadikan tiang sebagai "fret" gitar...dia begitu menggorenglah...sampai terangkat2 kepala dan memejamkan matanya..lagak seperti Steve Vai...hahha...memang orang-orang seperti ini diperlukan di dalam perjalanan aku setiap hari..sekurang-kurang dapat melupakan aku pada perjalan ke Seremban yang masih jauh...buat pencari bakat...cubalah naik KTM Komuter kalau mahu mencari bakat terpendam....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment