Wednesday, June 17, 2009
Aku sedih bila membaca artikel yang dihantar oleh FS kat aku tadi...Teringat pada Ayah dan Ibu...dikampung...baru-baru ini aku pulang ke kampung di Sungai Petani...Kami bersetuju untuk tidur dibilik bawah dan bukan dibilik sebenar aku kerana Damia masih kecil...susah nak naik turun tangga...maka Ayah dan Ibu sanggup berkorban kerana tak sanggup melihat cucu pertama mereka tidur dalam bilik yang panas...sekarang ni musim panas kat Kedah...banyak pulak nyamuk...kerana berkorban untuk si kecil...Ayah dan Ibu pulak yang terpaksa tidur di luar...Aku rasa bersalah tapi itulah pengorbanan seorang Ayah dan Ibu untuk anak,menantu dan cucunya...Sudahkah anda mengintai ayah dan ibu anda tidur?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
wuaaaaaa..
terasa bersalah....
Itu bukan salah sesiapa lah..hanya satu situasi untuk renungan..untuk kita..kerana itu mungkin berulang...bila kita menjadi ayah dan ibu kelak..
Post a Comment