"Sekolah dimana?" sapa aku pada anak india di dalam tren pagi ini..."Labu" jawabnya pendek....mungkin pesan ibu agar jangan bercakap dengan orang asing...sungguh naif anak india ini...pagi-pagi sudah keluar ke sekolah...mencari ilmu untuk bekalan...
akhirnya dapat juga aku habiskan buku pasal Lim Guan Eng semalam...naskhah yang pendek sahaja...cuma saduran dan himpunan artikel-artikel...jadi hari ini aku mulakan dengan Mencari Jalan Pulang : Dari Sosialisme Kepada Islam oleh Kassim Ahmad..aku tertarik untuk membeli kerana muka depan yang berlatar rona hitam putih..aku merasakan rona dan tona hitam putih amatlah terkesan untuk sebuah autobiografi...selain itu juga..Kassim Ahmad yang terkenal sebagai "anti-hadis: berikutan bukunya terdahulu membuatkan aku teruja untuk mengetahui bagaimana seorang yang konon nya tersesat dapat mencari jalan pulang...teringat aku pada buku bulan lepas yang aku baca mengenai Jim Thompson...beliau juga sesat di hutan Cameron Highlands...mungkin Tuan Kassim dapat menunjuk jalan ke pangkal?lol ..
Sejuk di luar tren ...aku mengemaskan peluk tubuh agar sedikit hangat...masih jauh lagi...
Friday, January 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment