Sejak dua menjak ni aku begitu ter'attached' dengan sentimen Terengganu sebabnya :
1. Aku dilantik sebagai Architectural Coordinator untuk projek UDM Besut.UDM adalah Universiti Darul Iman Malaysia, dulunya dikenali sebagai KUZSA.Projek ini sedang rancak berjalan dan baru sahaja menyiapkan Bangunan Jabatan Pembangunan dan Penyelanggaraan.
2. Syarikat tempat aku makan gaji ni diasaskan di Kemaman,Terengganu sejak 20 yang lampau tau.
3. Aku sedang membaca buku The Raja Bahrain Story.Kisah pasal seorang ayah yang menyelamatkan anak-anaknya yang telah diculik dan dibaptiskan oleh ibu kandung mereka yang berasal dari Australia.Sampaikan aku anggap seorang budak kecil yang menangis dalam komuter pagi tadi adalah mangsa culik.Begitulah kuatnya kesan Terengganu pada jiwa aku.Hahahah...
4. Aku suka makan keropok lekor kat Stesen LRT Bandar Tasik Selatan walaupun tak sesedap keropok kat Gong Badak atau Setiu pun.
So ada contoh lain yang boleh buat kita 'attached' pada sesuatu?
No comments:
Post a Comment