Monday, March 30, 2009

Ng Sek San - Arkitek Landskap

Aku baru je balik dari perjumpaan dengan Mr. Sek San, prinsipal bagi firma Arkitek Landskap, Seksan Design .Sapa yang kenal tu tau lah dia ni sapa.Aku pi jumpa tu nak diskus pasal projek HQ baru bagi ofis kitorang.Diskus tu kejap jek.Lepas diskus aku bagitau yang aku suka dengan konsep ofis dia.Aku yakin kalau sesiapa yang pergi tengok ofis dia pun akan suka sangat2.So Sek San ajak aku jalan2 dalam ofis dia yang cool gile tu...sambil dia terangkan konsep ofis dia kat aku...tetiba dia ajak aku pergi rumah dia...katanya rumah dia tu adalah salah satu masterpiece design dia...aku dah la nak balik cepat..Tapi Sek San bagitau..jangan risau rumah dia tak jauh...hanya 200 meter je dari ofis dia..wow! meaning tiap2 hari dia pergi kerja jalan kaki?..itulah cara nak selamatkan bumi..bukan dengan padamkan lampu selama sejam pada 28 March jek...So berangkatlah kami ke rumah dia...Tiba dirumah...Sek San mengajak aku berjalan dirumah nya..yang pada aku dah macam galeri arts+taman+hutan+balinese+macam rumah mat salleh kat australia...aku pulak boleh lupa nak bawak DSLR...adehhh...dah le baru beli lens...terlepas la aku nak merakamkan rumah Sek San yang cool tu...pernahkah terpikir garden atas bumbung rumah?..itulah salah satu yang ada kat rumah arkitek lanskap yang tersohor nih...banyak konsep dan idea yang di curahkan pada aku..aku pulak dok tanya macam journalist plak...dah lama sangat aku pun dah nak kena pulang ke ofis..So Mr. Seksan bagitau yang aku boleh datang lagi kalau nak jalan2 kat ofis dia...so aku bagitau yang aku nak bawak wife aku datang jugak tengok...harap-harap bolehlah datang tengok rumah dia yang cool giler tuh...Aku rasa orang macam dia ni akan selamtkan bumi..sebab banyak idea dan konsep dia adalah nature+recycle..dan bukan Capitalist architecture...

Thursday, March 26, 2009

KJ=Khairy Jamaluddin,Kopi Jantan or Kopi Janda

Khairy menang lagi..aku rasa Kak Fer akan gembira tak terhingga di atas kemenangan KJ...faktor utama kemenangan Khairy :

Kehenseman. Khairy mempunyai rupa paras yang hensem ( kalau mengikut wanita di sekitarku) yang tidak boleh disangkal lagi walaupun tona agak sedikit kegelapan.

Ayat- ayat cinta. Khairy mempunyai karisma untuk berucap tanpa teks yang dianggap kelebihan utama beliau. Bayangkan lah ayat-ayat cinta kalau time nak mengorat.

Banyak lagi faktor-faktor yang tidak dapat dihuraikan disini...aku hanya melihat dari kacamata orang pompuan...hahaha...

Aku nak KJ...bukan Khairy Jamaludin tapi Kopi Jantan...lol

Monday, March 23, 2009

An Evening With Mr. Bazuki Muhammad at Putrajaya

Kisah nya, hari Sabtu lepas aku siapkan kerja-kerja kat ofis, aku cepat-cepat nak balik ke Seremban. Tapi aku tergerak hati nak singgah kat Putrajaya sebab ada Putrajaya International Hot Air Balloon 2009.Tapi keadaan sesak menuju ke area Putrajaya menyebabkan aku mencari kawasan lapang yang agak jauh dari tapak perlepasan belon.Ramai juga yang mecari spot tersebut kerana melarikan dari kesesakan teruk di Putrajaya. Belon yang sepatutnya dijadualkan berlepas jam 6 akhirnya ditunda sehingga jam 6.30 petang kerana angin kuat.Setelah dapat mengambil beberapa 'shot', aku terdengar suara yang kuat dialek kelantan tidak jauh dari tempat aku berdiri.Rupanya Encik Bazuki Muhammad berdiri bersama anaknya tidak jauh dari aku.Hahah..aku rasakan acara belon panas itu tidaklah menarik lagi kerana apa yang aku "terserempak" adalah seseorang yang lebih bermakna....Buat pengetahuan En Bazuki Muhammad adalah photojournalist bagi Reuters di Malaysia.Hanya ada 2 orang yang menjadi wakil Reuters di Malaysia, Bazuki dan En Zainal Halim. Mereka berdua adalah idola atau sifu bagi photojournalist di Malaysia.Sungguh aku tak sangka akan bertemu En Bazuki di spot yang tidak ramai fotografer.Mungkin kesamaan untuk mengambil gambar belon udara yang berlatarbelakangkan matahari petang membuatkan kami bertemu.En Bazuki adalah seorang Arkitek yang menukar profession kepada Photojournalism setelah 6 tahun berkerja di sebuah Firma Arkitek terkenal MAA Architects.Pertemuan yang singkat itu menjadi sesuatu yang amat berharga kerana En Bazuki adalah idola aku sejak menuntut di UiTm sejak tahun 1999. Bayangkanlah anda bertemu idola anda tanpa dirancang,pastinya perbualan adalah sangat tidak formal.Lebih kepada perbincangan rakan2 dan bukanlah formal seperti dalam Bengkel-bengkel fotografi.Terima kasih pada En Bazuki yang telah menurunkan ilmu-ilmu yang tidak ternilai.Oh ya, anak tunggal En. Bazuki, Aishah rupanya adalah super duper junior aku di MRSM Serting, Negeri Sembilan.What A coincidence kan.Alhamdulillah,baru aku tahu rasanya bagaimana bertemu dengan idola kita.. argghhh...tapi aku lupa nak amik gambar bersama...sebab terlalu asyik berborak...till we meet again En Bazuki

Sunday, March 22, 2009

Friday, March 20, 2009

Wednesday, March 18, 2009

Perjalanan-Desa Oh Kota

berakhirnya 5 hari yang tiada hubungan dengan dunia maya...hampir terleka dengan nyaman nya kampung warisan tok nenek...nguakkan lembu abg Mie...ngiauan kucing Mama dan Papa...ayam ntah sapa yang terkokok di tengah hari...malaikat turun barangkali...Damia masih kecil...kalau tidak boleh bermain...Arau sungguh damai..walau sudah mula membangun..dengan projek Barisan Nasional..juga Trek Berkembar MMC-Gamuda...padi sudah di potong...tinggal untuk dijual...berapa harganya wahai si peraih?...yang mula membajak pasti gembira...hujan melimpah tanda rahmat Tuhan...aku rindukan sunyi dan nguakkan lembu Abang Mie...

Friday, March 13, 2009

Perjalananku- Pantai Balok



Foto-foto simpanan ku ketika mengikuti hari keluarga ofis isteri Mei 2008. Bulan Mei 2009 akan ada lagi satu trip ke Langkawi...Moga akan dapat ku buat gambar-gambar lebih menarik...


KL Hujan Lagi

KL hujan lagi...aku keluar macam biasa...
Di Tiroi sudah melebat air hujan...
Takde mood aku untuk menalaah...
Langsung lelapkan mata adalah terbaik...
Tiada orang berpusu di tren hari ini...
Tiada sesak nafas atau berhimpit pinggang dan punggung...
Mungkin basah di tengah jalan...
Atau melewatkan masa dek sejuk air hujan...
Si isteri memeluk rapat..
"abg tak payahlah pergi kerja hari ni"

KL hujan lagi...aku berjalan seperti biasa ...
Bank Negara ke Sogo masih jauh...
hujan melimpah rahmat pada baju dan seluar Alain Delon ku...
Pelik tapi benar...
semua manusia berpayung...pink, biru air laut,coklat dan kelabu tahi anjing...
aku?
tiada daun keladi atau daun pisang menutup kepala...
bagai tuhan..semua yang lain tahu hari akan hujan barangkali...
aku teringat kata-kata lama...
sediakan payung sebelum hujan...

Thursday, March 12, 2009

Kisah Komuter #10 - Pelapis Nabil dan Sepah

Aku rasa kalau rancangan realiti Tv nak cari bakat macam Nabil atau Sepah bolehlah cari dalam KTM Komuter. Ramai yang berbakat untuk buat lawak atau setidak-tidaknya menghibur aku yang penat tiap kali balik kerja dengan Tren yang sesak lagi menyesakkan. Kisah nya macam ni,semalam aku balik agak lewat sebab ada game futsal kat Sport Seven Wangsa Maju. Bos Wan Harris hantar aku kat Serdang sebab dia on the way ke Putrajaya. punya la lambat dan tren buat hal , lewat 30 minit lebih sambil penat menunggu, barulah tren tiba. Sebaik aku board in ( untuk mereka yang agungkan bahasa inggeris ) aku terpandang seorang minah ni tengah duduk.Sambil menelefon menggunakan handfree, dia menggawangkan tangan ke udara seolah-olah pemidato di persidangan Umno lagaknya.Nampak begitu bersemangat menerangkan sesuatu pada rakan di telefon tanpa sedari manusia sekitaran terutama aku tergelak melihat telatahnya.Jauh di tengah tren aku terlihat ada lagi keletah kelakar yang perlu aku kongsi disini.Seorang mamat yang sedang berdiri di bahagian tengah tren, oleh kerana tidak dapat duduk dia berpegang pada tiang besi.Sambil melayan MP3 , dia menganggukan kepala dan menggayakan seolah dia sedang menggoreng.Dengan menjadikan tiang sebagai "fret" gitar...dia begitu menggorenglah...sampai terangkat2 kepala dan memejamkan matanya..lagak seperti Steve Vai...hahha...memang orang-orang seperti ini diperlukan di dalam perjalanan aku setiap hari..sekurang-kurang dapat melupakan aku pada perjalan ke Seremban yang masih jauh...buat pencari bakat...cubalah naik KTM Komuter kalau mahu mencari bakat terpendam....

Buat dirimu yang terlupa

Salam muhibbah, buat renungan. Wajarkah hamba Allah menilai peribadi suatu hamba Allah yang lain hanya kerana berniaga produk kesihatan.Look at the other side of it.Berniaga tuntutan hidup yang makin menyempit ini.Mencari pendapatan sampingan atau side income ( bagi mereka yang tak paham bahasa melayu ) adalah tuntutan akibat keadaan ekonomi yang menuntut. Waima apa sekalipun perniagaan selagi tidak melanggar hukum agama, dilakukan secara ikhlas dan tidak menindas ( kapitalis ) adalah digalakkan. Kalau direnung, berniaga itu dituntut ( sebagai Fardhu Kifayah ).Adalah fardhu kifayah untuk membantu sesama umat islam di dalam perniagaan sebelum membantu umat agama lain,kecuali kepakaran itu tiada atau perkhidmatan itu tiada orang islam yang terlibat, maka haruslah membeli atau menggunakan kepakaran selain umat Islam.Jadi bagaimana kalau memang tiada Umat yang Islam yang mahir atau menyediakan perkhidmatan atau bidang perniagaan tertentu?maka di sini lah tuntutan untuk meguasai ilmu dan menambahkan kepakaran dalam sesuatu bidang itu agar umat Islam meningkat setaraf umat2 lain di dunia ini. Jadi, biarlah kita memilih nilai atau kemahiran yang kita suka atau mahu lakukan lantas menjadi kekuatan diri sendiri.Jangan lah hanya kerna tuntutan atau suara-suara kecil yang seperti langau menghurung bangkai menjadikan diri lemah dan tidak bermaya.Jangan hanya kerna sudah terlalu tinggi menggapai awan, terlupa kita pada rumput dan batu di tepian jalanan yang masih panjang ini...

Wednesday, March 11, 2009

Kisah Komuter #9- Adakah aku Rasis?

Hari semalam sama saja dengan hari-hari yang lain..macam berperang walau hanya mahu berdiri di dalam komuter ni...ramai manusia yang terpaksa memilih kenderaan awam sempit dan menyempitkan ini,yang sesak,busuk,hangit,masam bau dan rasa dek kerana tuntutan kehidupan..termasuklah aku..kalau nak bau wangi,selesa,hawa dingin...naiklah kereta sendiri!...sedang leka menahan nafasku yang makin sesak...terpandang seorang gadis India mengelek buku novel...bila diperhatikan lebih jelas...rupanya novel itu adalah novel melayu..mungkin terbitan Creative...aduh...ada ke orang India membaca naskah melayu?Novel melayu..kisah cinta ...tajuknya Ria Qistina..begitu asyik melihat si gadis India itu membaca...adakah dia faham kisah novel itu?...tapi faham saja tidak cukup..harus meneliti dan menghayati..kerana novel melayu ni lebih sudu dari kuah...terpikir sendiri...siapa kata bahasa melayu tak bagus...kalau tidak takkanlah si gadis India itu memilih kisah cinta melayu...terus menerawang ...sedihnya orang melayu sendiri tidak memilih novel melayu....lebih suka mengagung karya Grisham atau Sidney Sheldon...tapi mungkin akibat modernisasi kita lebih suka barat dari nenek moyang sendiri...tapi yang paling sedih...ada bangsaku sendiri yang tak pernah membaca..walau hanya menu di meja makan Kedai Kopitiam...aku harus berhenti menjadi rasis...

Tuesday, March 10, 2009

Aku perlu pendapat korang-Nasib Si Penchuri

Tadi masa aku tengah basuh pinggan lepas sarapan, kakak kat ofis ni bagitau aku yang dia risau pasal kejadian pecah kereta yang berleluasa semenjak dua menjak nih.Minggu lepas sahaja da lebih dari 5 buah kereta kena pecah kat depan, tepi dan belakang ofis aku.Yea...memang merisaukan.Ade ke patut penchuri tu boleh pulak pecah kereta pastu bila kena kejar siap leh lambai2 tangan lagi sebelum lari...kan kureng ajar namanya...Jadi si Kak Faziyah ni tanya aku..."Apa la yang budak2 lelaki akan buat kalau dapat tangkap mamat tu ek?" So apa yang anda rasa patut kitorang buat kat mamat tu sebelum serah kat polis? :

  1. Ikat dia dan letak kerengga kat badan dia?
  2. Londehkan baju dan seluar ( kecuali boxer) pastu panggil budak ofis pompuan dan adakan sessi photoshoot?
  3. Dera or ragging dia macam kena dera ngan senior kat sekolah dulu?
  4. Atau anda ade cadangan lain?

Friday, March 06, 2009

Ada apa dengan Terengganu?


Sejak dua menjak ni aku begitu ter'attached' dengan sentimen Terengganu sebabnya :


1. Aku dilantik sebagai Architectural Coordinator untuk projek UDM Besut.UDM adalah Universiti Darul Iman Malaysia, dulunya dikenali sebagai KUZSA.Projek ini sedang rancak berjalan dan baru sahaja menyiapkan Bangunan Jabatan Pembangunan dan Penyelanggaraan.


2. Syarikat tempat aku makan gaji ni diasaskan di Kemaman,Terengganu sejak 20 yang lampau tau.


3. Aku sedang membaca buku The Raja Bahrain Story.Kisah pasal seorang ayah yang menyelamatkan anak-anaknya yang telah diculik dan dibaptiskan oleh ibu kandung mereka yang berasal dari Australia.Sampaikan aku anggap seorang budak kecil yang menangis dalam komuter pagi tadi adalah mangsa culik.Begitulah kuatnya kesan Terengganu pada jiwa aku.Hahahah...


4. Aku suka makan keropok lekor kat Stesen LRT Bandar Tasik Selatan walaupun tak sesedap keropok kat Gong Badak atau Setiu pun.


So ada contoh lain yang boleh buat kita 'attached' pada sesuatu?

Monday, March 02, 2009

Susut Nilai Sebuah Perkahwinan...Gile ke ape?

pernahkah kita terpikir sebuah formula untuk mencari susut nilai sebuah perkahwinan..itulah yang cuba dibuktikan oleh Design Engineer kat ofis aku nih....ada few sebab kenapa dia jadi mengong aku rasa:

  1. bosan tahap cipan
  2. kerja kat ofis dah kurang ( sebab ekonomi lembab )
  3. kena marah ngan bos dari pagi kot
  4. monday blues?
  5. bengang dengan bini dia
  6. baru gaduh malam tadi
  7. terpikir nak kahwin lagi satu kot
  8. ada awek ajak kahwin

tapi percayalah..pape pun korang kena renung dalam2 erti sebuah perkahwinan...buat siapa yang dah kahwin tu..nilai2 la sendiri...tak payah la sampi nak buat formula...heheheh..patutlah Engineer ni keras..ade ke nilai perkahwinan pun sampi nak buat formula...au revoir!