Tuesday, May 19, 2009

Si ayah dan Anaknya yang Buta

Aku suka melihat sekeliling...Kalau orang tidak tahu pasti dikata aku mata keranjang...Aku mungkin suka menulis tentang apa yang aku lihat ..daripada menulis pasal apa yang aku makan semasa keluar ke Tesco hujung minggu lalu ..atau...apa yang sedap tentang Mee Kari kat Secret Recipe...apa yang ko nak makan..ko makanlah..tak perlu criter kat orang ramai...ke sebab ko nak bagitau yang ko dah pernah pergi tempat makan yang mahal-mahal tu...Anyway..pagi ini time aku dalam bas Metro 41 on the way ke ofis...sewaktu berenti kat Traffic light Jalan Batu...dalam ramai-ramai manusia yang sibuk melintas jalan...ada seorang bapa melintas bersama lelakinya...dari arah Maju Junction melintas ke Jalan Batu..berdekatan Sekolah Pendidikan Khas Jalan Batu...sekolah ini untuk anak-anak yang buta...memang ramai yang menghantar anak-anak mereka yang cacat penglihatan ke sekolah khas ini...setibanya di traffic light berdekatan dengan pintu pagar sekolah..pada hemat aku...lebih kurang 100 meter jaraknya dari lampu isyarat ke pintu pagar utama sekolah...si anak mencium tangan ayahnya dan terus berjalan ke arah pintu sekolah...tiba-tiba aku jadi marah kerana si ayah membiarkan anaknya berjalan seorang diri..imagine anak yang buta berjalan 100 meter seorang diri...dalam fikiran kalau aku menjadi si ayah..pasti aku menghantar hingga ke dalam kawasan sekolah...setidak nya ke pintu utama...leka aku melihat bagaimana anak itu menuju ke sekolah...pasti sedih...ditinggal ayah...tapi lebih besar pengorbanan hati si ayah untuk anaknya itu ..bukanlah untuk menyusah kan anaknya..tapi untuk kebaikan...rupanya si ayah menghilangkan diri di sebalik tembok pagar...berlindung...bila si anak sudah jauh ke depan..dia keluar untuk melihat dari jauh sehingga anak nya memasuki kawasan sekolah...lalu aku faham maksud tindakan si ayah...untuk mendidik dan melatih anak nya berdikari..tanpa perlu dipimpin..dia boleh ke sekolah...kerana ..masa depan si anak bukanlah bergantung pada si ayah...aku lihat raut muka si ayah yang begitu sedih dan penuh sayu ketika menghantar anaknya...mungkinkah dia memikirkan masa depan anaknya ...lampu bertukar hijau...Bas Metro 41 meneruskan perjalanan...

4 comments:

shah said...

abah,seorang yg nampak sgt tidak mempedulikan sekeliling tetapi melihat dari semua arah dan tetap nampak cool.pelik tp kenyataan

qiyam said...

mmg betol...nampak macam tak heran..tapi sgt prihatin..kami tak hot..kami coolllll...

Anonymous said...

selamat hari bapa untuk si ayah!

shah said...

wakakka.abg qiyam ckp je ni.bila mau haru biru ni :D