Sudah lama aku tak dapat M.C...mungkin sudah tiba masanya Tuhan nak aku rehat...apa hikmah nya? Keje di pejabat tak siap dan makin bertimbun...tapi aku boleh buat kerja2 mengemas rumah...mesti orang-orang di pejabat tercari2 dokumen2 yang hanya aku je yang tahu letaknya...tapi aku plak boleh la cari2 tayar baru untuk di tukar...yag aku pasti ada orang di pejabat yang terpaksa buat kerja2 yang aku tinggalkan buat sehari ni...tapi hikmahnya...diorang tu tak le asyik bergantung harap pada aku saja...semua kita didunia ni saling 'compliment each other'so sebarang kekurangan atau ketidakcukupan...ada hikmah di sebaliknya...macam sahabat aku yang baru terdelete memory dalam Laptopnya...mungkin hikmahnya sudah sampai masa untuk dia melupakan perkara lama yang masih tersimpan...tapi aku faham, memori tetap menjadi memori...tetapi untuk menjadi suatu entiti baru..terkadang kita terpaksa korbankan kasih sayang kita pada memori untuk mencapai maksud....semacam Negara Jepun pasca Tragedi Hiroshima dan Nagasaki...bayangkan jika mereka tidak bangkit selepas tragedi dan hanya meratap hiba setiap hari..sudah pasti Negara Jepun sekarang bukanlah sehebat sekarang...tapi setengah kumpulan manusia suka melihat kebelakang terlalu taksub..asyik melihat sumbangan yang telah habis tempoh sah lakunya...asyik mencanang cerita tok nenek mereka..sudahlah...mereka ini umpama hidup dalam bayangan yang 'dicipta' mereka...tapi bukan bayangan realiti yang terpancar dek matahari...maksudku di sini parti-parti politik yang tak jemu mengungkit kisah silam yang layaknya hari ini di simpan elok di Arkib Negara.Kesimpulan carilah hikmah di setiap kejadian..untuk iDy...vista pon bleh lah...merci
Thursday, October 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
kesedihan yang tak dapat digambarkan.
tp betul kata-kata itu..perlu melihat ke depan..
tap terkadang terlalu gentar akan masa depan kita lalai menyempurnakan yang ada depan mata.
vista boleh, tp makan memory tinggi utk perform..
hehe.semoga cpt sembuh.
Post a Comment