tetiba terdengar sayup lagu ditempat kak zai...
sungguh sedap mendengar lagu aliif aziz...version acoustic...
ataupon version soul?
melayan je la...dengan sistem altec lansing yang gedabak besar tu...
tapi aku bukanlah suka sangat kat mamat tuh..
cumanya sedap plak versi akustika...
pada aku..
hari sabtu adalah hari yang biasa saja..
yang jarang dinikmati kesabtuannya..
sebab ofisku ini suka bekerja...
lantaran itu melayan jiwa...
sambil menyiapkan kerja2 sebelum menjelang minggu depan...
teringat sewaktu muda-muda dulu...
melayan jazz atau soul di no black tie...
bukanlah arif sangat pasal musik...
tapi kecenderungan itulah yang buat aku jadi begini..
muzik itu pelbagai...
sambil menyedut malboro...
menghembus ke dalam kopi o...
menghentak perlahan kaki mengikut irama...
mengikut base dram...
mana perginya rakan2 jazz aku dulu...
dah kahwin agaknya...
tapi tak bermaksud terus lupakan muzik kita..
aku pun dah kurang agaknya melayan..
mungkin pada irama ketuhanan..
zikir dan tasbih lebih damai...
tapi sekali sekala terngiang2 irama lama...
bila lagi akan berjumpa dan berdansa?
Saturday, October 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment