Saturday, June 27, 2009
Transformers : Revenge of The Fallen
Inilah kisah silam yang mengimbau kenangan dan kegemilangan generasi 80an dan 90an bukan PS3,bukan gameboy..bukan X-Box......
Monday, June 22, 2009
Kecantikan sebuah kehidupan
Tadi sewaktu menunggu bas Metro dipenuhi penumpang..Tetiba je ade suara perempuan menjerit..kuat pulak tu...semua orang kat dalam bas toleh kat luar...hahahha..semua orang tersenyum..termasuk aku...aku ingat ada orang kena ragut ke..tak pun kena raba ke..ek?ade ke orang nak meraba pagi-pagi buta?ekekke...biasalah area Central Market tu...memang dah terkenal area 'hitam'...berbalik pada jeritan tadi...rupanya seorang driver perempuan Bus Metro di usik oleh sorang konduktor lelaki dengan seekor ular getah..adoii...kalau aku pun..mau tak nye melompat..tapi takde la menjerit kot...hee...abis semua kuih kat tangan driver tu dia campak pada mamat konduktor tu...nasib baik tak dia siram dengan Milo Ais yang ada kat tangan dia gak..hmmm..isn't life beautiful?...tengok orang tersenyum di sakat rakan pagi-pagi...sampaikan semua orang kat area Central Market pun berhenti dan menoleh...orang dalam bas...tepi bas...atas bas...belakang bas...hmm...aku terpikir kalau drive hari isnin pasti sakit hati dan sakit kaki..tapi sejak aku ditakdirkan naik bas...banyak masa aku dihabiskan di jalan-jalan sesak..kotor...penuh manusia...tapi banyak cerita dan pentas yang aku lalui..pernahkah korang terpikir ada ibu yang sanggup menukar diapers anaknya di tengah2 koridor kat Chow Kit?itulah realiti...Alhamdulillah...syukurlah dengan apa yang kita ada...mungkin kita rasa orang yang bawa Honda Stream atau Toyota Wish tu happy..tapi sebenarnya pening memikirkan projek-projek dan kerja-kerja di pejabat yang tak pernah habis...dah..aku nak buat kerja...kerja yang melambak-lambak...calosss
Thursday, June 18, 2009
Tok Wan
Tok Wan aku di kampung sakit tua...tiada lagi ceria...tiada lagi gelak tawa...tiada lagi kudrat yang mengayuh basikal tua..membawa aku ke bandar..di sepanjang batas sawah...melaung seluruh kampung...aku cucunya baru pulang dari Pahang...bangga dia kerana aku cucu nya...hanya tinggal badan tua yang sangat letih dan tidak bermaya...Ya Allah...Kau Yang Maha Kuasa..Takdirlah kan lah pada kami hamba yang lemah iman...sesuatu yang mengikat hati-hati kami pada suatu ikatan yang kuat..bukanlah ujian yang tak mampu kami tanggung...sesungguhnya pada-Mu kami memohon petunjuk dan jalan yang dimudahkan....InsyaAllah...
Wednesday, June 17, 2009
Aku sedih bila membaca artikel yang dihantar oleh FS kat aku tadi...Teringat pada Ayah dan Ibu...dikampung...baru-baru ini aku pulang ke kampung di Sungai Petani...Kami bersetuju untuk tidur dibilik bawah dan bukan dibilik sebenar aku kerana Damia masih kecil...susah nak naik turun tangga...maka Ayah dan Ibu sanggup berkorban kerana tak sanggup melihat cucu pertama mereka tidur dalam bilik yang panas...sekarang ni musim panas kat Kedah...banyak pulak nyamuk...kerana berkorban untuk si kecil...Ayah dan Ibu pulak yang terpaksa tidur di luar...Aku rasa bersalah tapi itulah pengorbanan seorang Ayah dan Ibu untuk anak,menantu dan cucunya...Sudahkah anda mengintai ayah dan ibu anda tidur?
Tuesday, June 16, 2009
Wajah-wajah
Dah lama sangat aku tak tulis entri..sibuk pun ya jugak...banyak sangat benda lain sampai tak ingat kat blog suka hati aku ni...macam biasa dalam bas Metro 41..sambil layan Hot Fm...masa bas 41 stop kat Chow Kit...ramai mat Indon..Minah Indon...minah melayu...amoi chantik...nenek tua dan bungkusan plastiknya...aku tengok sorang-sorang..macam2 perasaan yang aku rasa aku dapat tengok..ada yang tengah maki hamun sebab bas lambat...ada pulak yang berharap bas cepat datang so diorang tak kena marah sebab dah sebulan lebih punch card kaler merah...ade pulak yang berharap bas tak sampai2..so boleh la diorang bagi alasan pada awek diorang untuk cancel kan dating sebabnya duit dalam poket dah makin susut...ada pulak yang baru first time nak gunakan bas sebab selama ni asyik naik kerete..tapi sebab kereta masuk bengkel..terpaksalah belajar cara nak naik bas...banyak lagi sebenarnya wajah-wajah manusia yang aku lihat bila naik bas ni...itulah kesimpulan kehidupan ni...kena ikut waktu...kena terima transformasi...perubahan...hijrah diri...pasti yang kita harapkan adalah kepada perubahan yang lebih baik...InsyaAllah
Monday, June 01, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)