Friday, December 12, 2008

Kisah Komuter #02- Tilam

Hari ini adalah hari pertama untuk aku menggunakan 'public transport' sepenuhnya...
bermaksud komuter+bas...
tapi aku terlepas tren pertama dari Seremban...
hanya beberapa saat...
mengajarku erti kepentingan saat itu...bukan minit lagi..
jadi terpaksa menanti sehingga tren seterusnya pukul 6.40 pagi...
dingin pagi seperti biasa tapi nyaman...

aku mahu terus menyambung kisah Dua Wajah: Tahanan tanpa Bicara...
yang kutinggalkan kerana semalam kerana aku berkereta...
manusia semakin mengisi ruang-ruang kosong...
seorang pakcik menegurku...

mahu turun di mana..
mahu turun di Bank Negara..

langsung dia membuka naskah di tangan nya..

kata orang kaya,kenapa tilam pun mahu diangkat..
beli saja yang baru...

berita muka hadapan Berita Harian rupanya...
sebuah foto anggota polis sibuk menolong mangsa tanah runtuh
mangangkat tilam...bukannya manusia...
kalaupun kucing atau anjing aku masih boleh terima..

aku tersenyum seperti kebiasaan...
betul kata orang...
manusia apabila menjadi kaya..
maka akan manjadi lebih cerewet dan leceh...
menjadi terlalu terperinci terhadap keliling...
seperti mereka yang paling bagus dan terpelajar...
atau paling bijak dan berkuasa...
punya kuasa untuk menentukan apa yang patut dan tidak...
penentu kejadian dan situasi..

sedihnya aku kerana...
polis itu sepatutnya menjaga keselamatan...
bukan nya melakukan amal jariah untuk orang2 kaya..
seharusnya menjaga perompak-perompak dari terus merompak...
bukan nya menjaga hati gedebe-gedebe...

mana sharlinie?
mana asmawi?

2 comments:

Idyani Nazahiah said...

mcm mana polis jaga kawasan org kaya je..taman2 biasa terbiar kena bunuh la, rompak la..polis malaysia..sedia berjuang demi kepentingan diri.

Anonymous said...

hmm..
manusia di zaman yang dikatakan maju..begitulah..
bekerja tanpa erti..

Tuhan Maha Besar..