Saturday, February 14, 2009

4 minggu sudah....


  • Damia dah cukup 4 minggu ( kalu kira 4 kali Jumaat lah)
  • Dah pandai rengek mintak susu
  • Dah pandai genggam jari bila disentuh
  • Dah pandai posing
  • Dah pandai tak nak kena bedung
  • Dah pandai melonjak2 bila mandi dan pakai kan diaper

Friday, February 13, 2009

Korang Perasan Tak?-Ep.2-Orang sekeliling kita memang berkait rapat

Faizul staff baru ofis aku adalah anak sedara Dato'. Baru aku tau dia super junior aku kat MRSM dulu..baru tahu...

Sepupu Faizul tu plak ( anak sedara Dato jugak la) adalah Thesis Coordinator aku masa kat UiTM ...Dr. Esmawee...baru tahuu...

Abg Rahman tu biras aku. Anak sedara dia Si Faizal plak junior aku kat MRSM dulu...Baru tahuu...

Kelmarin dapat kad kahwin si Ahmad Hafiz...nak kahwin dah rupanya...nak kahwin dengan adik angkat wife aku...si Hafiz ni junior aku kat MRSM dulu...maknanya dia satu batch dengan si Faizal ( anak sedara biras aku)

Semalam pulak, dapat kad daripada Juju, kawan wife aku masa kat Sains Muar. Si Juju ni nak kahwin dengan si Fadzli ( nama glamor Gombak sebab rumahnya si Sri Gombak). Si Fadzli ni plak sama batch dengan aku di MRSM dulu. Pendek kata senior pada si Hafiz, Faizal dan Faizul.

Wife aku dulu kat Sains Muar.School mate wife aku di Muar dulu, si Pijan a.k.a Solorn . Si Pijan ni lelaki, satu sekolah dengan aku masa sekolah rendah. Kami berkawan sampai darjah 6 di Pahang dulu.Maknanya , wife aku dan Juju + Pijan adalah berkawan..

Perasan tak yang kita semua ni berkait antara satu dengan lain dalam dunia nih...lol

Thursday, February 05, 2009

Korang Perasan Tak?-Ep.1-Apa yang korang benci akan menjadi kesukaan akhirnya...

Apa yang korang benci pada mulanya..akhirnya pasti dirindu ...difikir2...didengar2.. Xfresh FM atau X FM pada awalnya menjadi kebencian teramat aku pasal tagline die.."kami tak hot kami coollll..."pasal ape nak buat tagline yang hampeh dan men'anjing' Hot FM...nampak macam kebudakan dan kehausan idea...perjuangan suci tapi niat tidak menghalalkan cara...tapi akhirnya itulah radio kesukaan aku...buat masa ni lah kan..sebab :

  1. memainkan lagu malaysia berbanding lagu2 negara luar
  2. banyak mainkan lagu berbanding iklan merepek jual kopi dan ubat tenaga batin..bla..bla..
  3. kuat pada prinsip..walaupun tagline yang hampeh sekali...
  4. mungkin tagline tu yang buat orang suke kot?
  5. memperjuangkan apa yang dianggap secara sedar adalah betul...
  6. hidup perlu prinsip...barulah HIDUP...
  7. 6 sebab di atas sudah cukuplah...lol

Ada juga radio lain yang menjadi pujaan seperti Bernama Radio dan IKIM.FM...korang dengarlah pasti korang suke...

Tuesday, February 03, 2009

Hujan+ Sakit Perut = Dugaan

Lunch di Istana Budaya
Orang ramai teramat...macam nak perang
mungkin sebab PGL Series Ke-3 sedang fasa latihan
Nampak Hang Tuah dan Datin Tiara bermakan tengah hari

Lauk yang ku ambil sambal sotong pedas...
Sambil menjamu meliar mata memerhati lagak orang kota
Sedang menunggu habis masa makan...
"Adeh..apsal pedih perut nih?"
"Jom balik lagipun Si Hairy kepalanya pening"

jam berdetik menunjuk angka hampir 5
perutku masih sakit...
cuaca diluar masih sekata...
lebat kadangkala renyai...
bagai menangisi perut ku yang sakit...
tapi rahmat buat ofis yang penghawa nya sudah rosak...

hatiku cemas..
"macam mana nak balik Seremban nih"
tiba-tiba ku rasa kepedihan itu datang lagi...