Tuesday, November 25, 2008

Yoga+burung Hud

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan
Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh
Ooh... Sang AlgojoOoh... nanti dulu

Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini
Ooh... Sang AlgojoOoh... nanti dulu

Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai

"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari"
Mnasir-tanya sama itu hud2
Semalam ada majlis quran dirumah...
mulanya tak mahu mengikut..
tapi ilmu di dada makin terhakis..
ikut ajelah...
selepas khatam surah2...
sambil kopi pekat di tangan...
cerita Yoga dibangkitkan...
dengar ajelah...
mata semacam berpasir...
owh!...
sudah jam 12...
esok aku kan menaiki kenderaan awam semula...
tukar gaya hidup katanya...
langsung teringat lagu abg nasir...
teringat Yoga...
mungkin Raja2 Melayu patut dengar lirik abg nasir..
agar tak terlepas lagi...

Saturday, November 22, 2008

A Good Year-Suatu Review

Siapa yang sangka kerjaya itu segalanya...
pasti akan kerugian jika tidak menonton filem ini..

Sebuah filem yang mengisahkan bagaimana Max Skinner ( Russel Crowe ) yang berjaya dalam hidupnya di Kota London...kerjayanya berada di kemuncak...namun setelah kematian pakciknya Uncle Henry, segalanya berubah...merasakan dia akan mewarisi segala harta termasuk memori masa lampau..beliau kembali ke teratak lama di Daerah Provence, Perancis( yang disebut provonce) telah menjadi tempat segala kenangan dan kematangan...

Namun hidupnya yang lebih sesuai di London tidak dapat menerima hakikat kehidupan di ladang wain La Siroque ( yang disebut La Sirok )...tetapi takdir Tuhan tak dapat dihalang...pertemuan secara tak diduga dengan Fanny Chenal ( Marion Otillard ) seorang pengusaha cafe makanan di bandar tersebut telah menjadi titik tolak untuk Max berubah daripada menjadi seorang Londoners kepada budak kecil yang merindui kenangan silam nya...

Sebuah filem yang menggabungkan pelakon2 hebat dari seluruh pelusuk dunia termasuk Australia dan Britain yang menjanjikan sebuah kenangan manis bagi mereka yang mencari erti kehidupan...

Tuesday, November 18, 2008

sungguh tipikal

aku pun pelik
kenap manusia kat malaysia ni...
sengal sangat..
suka sangat parking kereta
dekat dengan pintu masuk
pintu masuk Giant
pintu masuk Tesco
pintu masuk IKEA
pintu masuk Midvalley
pintu masuk KLCC

kalau boleh nak parking
kat tempat orang cacat
so senang diorang
tak payah berjalan jauh2
tak payah nak ingat nombor parking lot
tak payah nak pusing2 time nak keluar parking

biar orang cacat kena jalan jauh...
biar orang cacat usaha sendiri..kata berdikari...
biar orang cacat bersaing dengan orang upaya..
siapa yang cacat sebenarnya?

kalau nak turunkan orang kat LRT
pun sama jugak...
kalau boleh
nak 'drop' kat depan2 tangga naik
nak 'drop' kat tempat beli tiket...
kalau boleh nak drop dalam tren terus...
kalau boleh lah...
wakkaka..

tak kisahlah kalau sampi halang trafik..
tak kisahlah kalau jem kat belakang dia sampi 10 km pun...
tak kisahlah kalau orang hon kuat2 kat telinga...
tak kisahlah kalau 40 orang doa mintak dia langgar lembu kat depan...

ini ke yang di katakan minda kelas pertama?
ini ke yang di gelar kemajuan?
ini ke yang agung-agungkan oleh kita?
ini ke kepekakan kita selama ini?

itulah maju materi
bukan jiwa...
sungguh sedih...

Monday, November 10, 2008

Bumi oh Bumi...

Minggu lepas sewaktu aku pulang...
Ketika menelusuri lorong-lorong belakang kota...
Yang dipenuhi golongan kelas kedua..
Terpikir aku apakah kehidupan sebegini yang dicari...
atau mungkin hanya kerna runtunan metropolis...

tapi ceritaku masih belum bermula...
hidup dikota semestinya perit...
dengan tuntutan masa dan sekitaran..
nafsu yang terliur dengan pakaian hidup yang palsu..
nafsu untuk menjadi lebih moden...
kelas pertama di dunia..
tapi jika jiwa belum bersedia...lupakanlah...

ketika mencari jalan terdekat untuk pulang..
hanya jalan besi yang terhampir...
untuk ku elak sesak di kuala lumpur ini...
terlihat susuk seorang bermotosikal mengekori...
menjinjing bungkusan sampah...
sambil bercakap dengan telefon bimbitnya..

itu semua tak ku hirau..
yang ku kesalkan..
ketika melalui sungai yang merentas projek DUKE...
susuk itu sudah tidak kelihatan...
aku mencari juga didalam cermin belakangku...
takut-takut terjatuh ke dalam sungai kotor itu...

rupanya sang rempit hanya singgah...
membuang sampah tadi ke sungai...
ingatkan mahu mencari tong sampah...
wahh..sungguh murni manusia yang sanggup membawa sampah
sejauh 1 kilometer untuk mencari tong...
tapi kenapa sungai juga menjadi pilihan?

sudahlah sungai itu menjadi pilihan warga mencari ikan-ikan kecil..
kasihan aku melihat dunia dan kota ini...
sungai kotor menjadi tempat rekreasi...
tempat melepas gian memancing di sungai jika di kampung...
sungai menjadi tempat semadi sampah-sampah...
mengalir entah ke mana air busuk nya...

manusia yang tenggelam di dalam arus ...
arus sungai yang kotor dan busuk...
tenggelam dek pemikiran dunia kelas pertama ....
walhal tingkah masih kelas ketiga...
mengalirlah bersama-sama impian untuk melihat satu perubahan...

Saturday, November 08, 2008

hijrah

terkadang kita berada di keadaan yang sangat payah...
bukan payah kerana keputusan sendiri..
tetapi mungkin sudah tiba takdir kita...
takdir yang mahu kita menjadi pemikir..
mungkin juga pemerhati...
memerhatikan tingkah dan lagak kehidupan...
mungkin terlalu lama gembira...
lantas dianugerahkan duka..
mungkin telah lama bersenang...
langsung diganti dengan keperitan...

*sigh*

mungkin kondisi ini bukan selamanya...
seperti pepatah biasa...
langit tak selalunya gelap...
macam lagu Hujan tu...
tapi adakah selamanya aku dapat menahan rasa?
atau kita perlukan hijrah...
bukan kepada yang lebih baik..tapi sekadar mencari peluang baru...
yang pasti sesuatu harus di usahakan...
moga berjayalah dengan mujahadah ini..

Thursday, November 06, 2008

angan,mimpi atau impian...

Setelah sekian lama tidak menonton J-Drama...
Akhirnya aku diperkenalkan kepada Drama Rookies...
Secara kesimpulan cerita ini mengisahkan tentang impian...
Impian seorang 'senpai' yang mahu melihat anak didiknya...
berpegang pada impian besar mereka untuk berjaya...
secara dasarnya..seseorang itu haruslah mempunyai impian...
dan angan untuk mula menjadi seorang yang berjaya...
tanpa angan..impian tidak manjadi nyata..

Lantas aku meng'download' lagu Ozzy Osbourne..
bertajuk Dreamer... yang pernah menjadi pujaan sewaktu bekerja di luar negara dulu...
tapi aku tak sempat membaca liriknya untuk aku fahami maksud ketika aku menulis entri ini...
yang lebih penting adalah...
kita harus terus mengimpikan sesuatu impian itu..kerana..
aku percaya impian tidak akan datang tanpa anganan..
pada aku..
anganan itu sudah cukup memulakan langkah bagi sesuatu impian itu..

langsung teringat aku pada ketika tahun 2006...
sewaktu aku dalam tahun peperiksaan...
ketika sedang duduk2 dengan teman di dewan asrama....
ketika majlis penganugerahan pelajar terbaik peperiksaan tahun sebelumnya..
lantas teman ku berkata..
"aku akan pastikan aku mendapat gred bagus untuk kali ini"
"barulah aku boleh berbangga dengan abang dan kakak ku "
"aku akan mengajak mereka semua sewaktu aku menerima penganugerahan ini tahun depan"

aku tersenyum gembira di atas impian teman ku itu..
mengiyakan sahaja sambil melontar pandanganku pada pentas semula...
aku terus tersengih sambil berkhayal..
membayangkan aku lah yang berjalan di atas pentas ketika itu..
seolah-olah sedang menerima anugerah sebagai pelajar terbaik asrama...
hmm...memang indah khayalan itu..ianya seolah-olah benar..

benarlah apa yang dikatakan oleh Kawato...
"flourish your dream"
sesunguhnya aku telah menjadi pelajar terbaik asrama ketika tahun 2007 itu...
dengan apa yang aku bayangkan menjadi nyata..

*sigh
aku percaya pada Dreams...
Aku adalah seorang Dreamer...