Wednesday, August 12, 2009
Chocolate Moist Cake
Sedap jugak rupanya chocolate moist cake tu ek...nyum2...sekilos rm30..dua kilos rm55...thanks kak fida!
Monday, August 10, 2009
Hanya suatu ingatan
Pagi ini Ayah menelefon dari kampung...jarang benar dia menelefon kecuali sesuatu yang penting..Salam abang mulanya...aku membalas sambil menyatakan aku di pejabat di Gombak bukan di Putrajaya…Abang kenal Makcik Rohaya…isteri Haji Bohari? Mak kepada Muslim?...Ya kata Ayah…Rahim Bedu menghantar sms malam semalam..apa cerita? Rahim Bedu kata …Makcik Rohaya meninggal…Innalillah…Tanya Ayah lagi…abang kenal ke Makcik Rohaya?...Dah lupa tapi nama itu memang sangat dekat denganku…kata ayah..Arwah selalu bertanya kan aku sewaktu aku kecil-kecil...balik sekolah biasanya akan berceritalah mereka pasal aku…Allahuakbar…manusia itu dilahirkan atas kata dasar lupa…aku sudah lupa wajah-wajah tapi nama masih aku ingat…aku cuba selami apa rasa hati Ayah …mungkin dia sedih atas pemergian rakan seusianya dan mahu berkongsi dengan rakan-rakan…mungkin juga aku sudah menjadi rakan berbanding taraf anak…mungkin juga Ayah mahu memberitahu bahawa dia juga akan menghadapi kematian suatu hari nanti seperti rakan-rakan seusia…lantas dia mahu menumpahkan kasih sayang selagi ada hayat…atau Ayah mahu memberitahu bahawa hidup ini bukanlah selama-lamanya…apapun terima kasih Ayah atas ingatan ini…
Subscribe to:
Posts (Atom)