Tuesday, October 26, 2010
Berkejaran di Dunia
Berkejaran menunai solat itu umpama jamuan buffet di hotel...paling awal waktu pasti dapat merasa makanan yang bagus2...fresh...lazat...daging kambingnya masih baru dibakar...isinya masih banyak...air yang sejuk serta buah-buahan yang manis...di pertengahan waktu...pastinya makin berkurang...lauk sudah kurang..daging sudah habis...tinggal isi yang lekat ditulang sahaja...buah-buahan hanya tinggal yang sudah berkecai2...kuih juga sama begitu sudah makin berkurang...lauk juga mungkin tinggal kuah barangkali....yang sedih di akhir waktu...di akhiran...jika nasib menyebalhi kita...barangkali tinggal tulang kambing sahaja...yang tinggal hanya biji buah tembikai dan air batu yang sudah mencair....kuih mingkin tinggal salut kelapanya sahaja...kauh pasti sudah kehabisan isi..hanya serdak rempah ratus sahaja di dasar kuali...jadi berkejaranlah kita menunaikan solat/suruhan Allah seperti mana kita berkejaran menajalankan urusan dunia...Wallahualam...pesanan buat diri sendiri dan isteri...
Wednesday, August 12, 2009
Chocolate Moist Cake
Sedap jugak rupanya chocolate moist cake tu ek...nyum2...sekilos rm30..dua kilos rm55...thanks kak fida!
Monday, August 10, 2009
Hanya suatu ingatan
Pagi ini Ayah menelefon dari kampung...jarang benar dia menelefon kecuali sesuatu yang penting..Salam abang mulanya...aku membalas sambil menyatakan aku di pejabat di Gombak bukan di Putrajaya…Abang kenal Makcik Rohaya…isteri Haji Bohari? Mak kepada Muslim?...Ya kata Ayah…Rahim Bedu menghantar sms malam semalam..apa cerita? Rahim Bedu kata …Makcik Rohaya meninggal…Innalillah…Tanya Ayah lagi…abang kenal ke Makcik Rohaya?...Dah lupa tapi nama itu memang sangat dekat denganku…kata ayah..Arwah selalu bertanya kan aku sewaktu aku kecil-kecil...balik sekolah biasanya akan berceritalah mereka pasal aku…Allahuakbar…manusia itu dilahirkan atas kata dasar lupa…aku sudah lupa wajah-wajah tapi nama masih aku ingat…aku cuba selami apa rasa hati Ayah …mungkin dia sedih atas pemergian rakan seusianya dan mahu berkongsi dengan rakan-rakan…mungkin juga aku sudah menjadi rakan berbanding taraf anak…mungkin juga Ayah mahu memberitahu bahawa dia juga akan menghadapi kematian suatu hari nanti seperti rakan-rakan seusia…lantas dia mahu menumpahkan kasih sayang selagi ada hayat…atau Ayah mahu memberitahu bahawa hidup ini bukanlah selama-lamanya…apapun terima kasih Ayah atas ingatan ini…
Friday, July 31, 2009
Jumaat perpisahan
Hari ini adalah hari Jumaat yang dinanti..setelah sekian lama...akhirnya aku ditakdirkan terpisah jua..aku hanya harapkan ini adalah ketentuan Tuhan..yang terbaik buat hambanya...Tidaklah kita berupaya...hanya Allah jua yang Maha Mengetahui apa yang terbaik..pasti perpisahan ini adalah yang antara perisahan paling sukar dalam hidup...Aku berserah jua...
Wednesday, July 15, 2009
Sekonon-konon
Tiba-tiba aku penat dengan semua ini...macam pura-pura semuanya...konon nak cepat tapi sebenarnya sangat lambat....konon mengantuk nak tidur..tapi apasal yang minum kopi chap Kapal Api...konon nak kena tukar tapi belum koyak lagi pun...konon dah on the way..padahal baru nak hidupkan enjin kereta..haih...aku nak lelap kejap...
Subscribe to:
Posts (Atom)